Saya kalau makan nasi, saya memang suka andainya ada hidangan tambahan yang boleh bangkitkan selera. Budu, tempoyak, cencaluk, ikan pekasam...semua saya suka! Bahaya sebenarnya sebab confirm makan bertambah sampai dua tiga pinggan. Mana cukup makan sepinggan nasi je kan?
Kali ini nak cerita pasal ikan pekasam. Saya belajar makan ikan pekasam semasa di universiti. Ada seorang kawan yang ajar makan. Sebelum ini gemar ikan masin dan ikan kering sahaja. Semenjak itu, memang kalau jumpa ikan pekasam saya akan beli buat stok di rumah. Time tak ada selera, tekak pahit...maka keluarlah ikan pekasam sebagai penjentik rasa.
Tiga bungkus ikan pekasam buat stok. Gembiranya! Ikan pekasam yang ini ikannya kecil-kecil. Sedap digoreng sampai garing. Rangup krup krap krup krap gitu!
Ada pelbagai cara untuk olah ikan pekasam. Terpulang ikut cita rasa masing-masing. Kalau malas, biasanya saya goreng begitu sahaja. Waktu rajin datang, saya usahalah lebih sikit. Hihihi nak makan sedap kan.... Di bawah ini salah satu cara yang saya suka dan biasa buat. Ikan pekasam akan digoreng sehingga betul-betul garing. Jangan lupa untuk goreng berasnya sekali. Sesetengah orang akan ketepikan butir-butir beras tu, tetapi saya memang tidak akan asingkan. In fact lagi banyak, lagi saya suka. Itu yang best!
Setelah goreng ikan, ketepikan. Kemudian, baki minyak yang ada digunakan untuk tumis hirisan bawang besar, beberapa ulas bawang putih yang ditumbuk kasar dan hirisan cili api. Goreng seketika sehingga bawang layu. Taburkan bahan-bahan yang siap digoreng tu ke atas ikan. Beginilah lebih kurang rupanya.
Chop! Tunggu! Belum boleh makan lagi. Akhir sekali, sebelum mamam, perahkan limau kasturi dan letak kicap manis pada hidangan di atas. Barulah sempurna cukup rasa. Masin ada, manis ada, masam dan pedas pun ada. Nikmati dengan senyuman dan bersedia untuk tambah nasi pinggan kedua dan ketiga 🤣
Siapa yang suka ikan pekasam? Biasanya bagaimana kalian makan ikan pekasam ni? Atau ada yang tidak tahan dengan baunya yang mampu takluk satu rumah? Suka suka jugak tau. Tak boleh makan kerap sangat. Masin tu....sikit-sikit, sekali-sekala bolehlah.
wahh..telan air lioq..ya, betul, takleh makan selalu..
BalasPadamxpernah rs lg ikan pekasam..
BalasPadamnmpk menyelerakan sngguh la!
terliur sgt ni.. haha
Kalau Sha wajib tambah cili padi dan bawang merah.. Ikan tu memang goreng garinglah sekali dengan beras dia.. barulah layan sampai bertambahlah.. hehehe..
BalasPadamIgtkan bahaya sebab apa. Baru cuak SEBAB KITA PUN SUKA JUGAKKKKKK HAHAHA tak lengkap kalau takdak macm budu ke sambal belacan ke pekasam adu du du du du sedapnyaaaaa
BalasPadamMinta tanya kat mana bole beli?
BalasPadamalahaii pantang nengok ikan pekasam ni..klu ada kt meja makan tu kompom bertambah2 nasi.. haha
BalasPadamikan pekasam dengan nasi panas je dah trangkat dah. xyah lauk2 lain simpaaan..
BalasPadamsedapnya sesekali makan ikan pekasam
BalasPadam