Hari ni kita intai penyediaan menu ringkas dari Sarawak - Ikan Terubuk Masin. Saya cukup teruja kalau dapat ikan terubuk masin ni. Kegemaran seisi keluarga. Kebiasaannya, jika Cekengah pergi outstation ke Sarawak, memang dia akan beli ikan terubuk masin. Dia lah yang paling suka makan!
Selalunya, saya hanya sediakan hidangan ringkas ikan terubuk masin. Tidaklah dibuat masak gulai, kari atau berlada. Sekadar menu sampingan pembuka selera untuk makan tengah hari atau makan malam. Ikan terubuk masin yang digoreng rangup-rangup, kemudian dimakan dengan nasi panas -- TERANGKATTTTT!!!
Di bawah ini ada dua resepi mudah ikan terubuk masin.
Resepi #1
Cara-cara penyediaan:
- Buang sisik ikan dan bersihkan.
- Potong ikan kepada beberapa bahagian.
- Salutkan ikan dengan tepung jagung. Salutan nipis sahaja tau. Jangan tebal sangat coating tepungnya.
- Kemudian, panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan lebihan minyak menggoreng tadi. Biar tinggal lebih kurang 1-2 sudu sahaja.
- Hiris bulat beberapa biji bawang besar. Tumis bawang sehingga naik bau.
- Seterusnya, basuh beberapa tangkai cili kering. Potong kepada dua atau tiga bahagian dan tumis sekali bersama hirisan bawang tadi buat seketika.
- Setelah masak, angkat tumisan bawang dan cili kering. Letakkan di atas ikan terubuk masin yang telah digoreng. Siap untuk dihidangkan!
Cara-cara penyediaan:
- Buang sisik ikan dan bersihkan.
- Potong ikan kepada beberapa bahagian.
- Salutkan ikan dengan tepung jagung. Salutan nipis sahaja tau. Jangan tebal sangat coating tepungnya.
- Kemudian, panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan lebihan minyak menggoreng tadi. Biar tinggal lebih kurang 1-2 sudu sahaja.
- Hiris bulat beberapa biji bawang besar. Tumis bawang sehingga naik bau.
- Seterusnya, masukkan hirisan beberapa tangkai cili api. Tuang tumisan ke atas ikan terubuk masin tadi.
- Perahkan dengan jus limau kasturi sebelum dihidangkan.
Selamat Mencuba!
sedapnya ikan terubuk masin.. senang je goreng macam tu kan.
BalasPadammenu yg ringkas tapi sedap
BalasPadam@Mizz Aiza (Dunia Kecil)Betul, Miss Aiza. Senang disediakan, senang utk dingappppp!
BalasPadam@Putri Dap dap dap, putri :)
BalasPadampaling suka terubuk masin goreng garing..simbah lagi dengan air asam,hadoiii!!..btambah nasik SB
BalasPadam@Sue Bee Makan tak pandang kiri kanan dah, SB.
BalasPadamOwh letak tepung ek.. Tak pernah try..
BalasPadam