Earth Hour 2014
Sabtu, 29 Mac 2014
8.30 - 9.30 malam
60 minit sahaja. Tak lama pun. Jadi, apa salahnya kita sama-sama luangkan masa untuk sokong acara ini. Tak susah. Bermula 8.30 malam hinggalah ke 9.30 malam, tutup semua lampu-lampu yang tidak digunakan di rumah. Kalau nak tengok TV ke, nak menghadap laptop ke tak ada salahnya, tetapi biarlah kita dalam keadaan bergelap untuk seketika. Lampu ruang tamu, lampu kat porch, lampu bilik atau lampu-lampu lain yang kita biasa biarkan terpasang, kita tutup. Mana tahu, secara tak langsung dapat didik kita untuk jimatkan sumber tenaga pula.
Selain itu, acara 1 jam ini boleh dijadikan sebagai acara bersama keluarga. Jadilah kreatif sikit. Fikirkan aktiviti menarik yang boleh dibuat bersama pasangan dan anak-anak. Antara yang boleh dirancang:
- Buat game night. Main board game ke, charade ke,..apa-apalah yang kalian rasa setiap ahli keluarga boleh enjoy.
- Tonton TV sama-sama.
- Outing - bawa family pergi keluar ke KLCC atau mana-mana lokasi menarik yang sokong Earth Hour. Biarkan anak-anak teruja tengok 'lights off'.
- Buat candle light dinner untuk the whole family.
- Bersantai di luar rumah. Minum teh & makan snek, sembang-sembang,...borak-borak...
Yang penting, at the end of the day,..kita akan spend quality time dengan family. Itu yang betul-betul priceless.
HAPPY EARTH HOUR!
semalam ada gak buat kat rumah..buka sekejap pastu sambung balik earth hour hingga pukul 6 pagi..ekekeekeeekkk...
BalasPadamBersantai di luar rumah. Minum teh & makan snek, sembang-sembang,...borak-borak...
BalasPadamni paling seronok usik mengusik hhahahahha