Ikan masak taucu ini antara hidangan kegemaran berbuka puasa di rumah. Yelah, rasa masam-masam masinnya tu membuka selera. Memang akan bertambah nasi kalau makan. 😆
Resepi Ikan Masak Taucu
Nak sediakan ikan masak taucu ini mudah sahaja. Bahan-bahan yang diperlukan: Ikan (terpulang nak guna ikan apa,..kembung, merah, tenggiri pun boleh), dua labu bawang besar, beberapa ulas bawang putih, dua sudu besar taucu, beberapa batang cili hijau atau jika suka pedas, guna cili api, satu keping asam keping dan sedikit minyak masak untuk menumis dan menggoreng ikan. Oh, jangan lupa serbuk kunyit dan garam secukupnya untuk perap ikan sebelum digoreng.
Langkah-langkah penyediaan: Mula-mula goreng ikan hingga masak. Ketepikan. Asingkan minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan tadi. Masukkan sedikit minyak masak yang baru, agak-agak sahaja biar cukup untuk tumis bawang. Tumis bawang besar, diikuti dengan bawang putih hingga naik bau. Sesudah itu, masukkan taucu, cili api dan asam keping, biarkan seketika. Masukkan air untuk jadikan kuah. Masak hingga kuah mendidih. Perasakan dengan garam HANYA BILA PERLU. Kebiasaannya apabila guna taucu ni, hidangan dah cukup masin. Simbahkan kuah ke atas ikan goreng. Sedia untuk dihidang.
Untuk hidangan ikan masak taucu yang lebih lazat, boleh masukkan hirisan buah tomato atau belimbing buluh.
Yummy..
BalasPadamMemang yummyyyyy! :)
PadamThanks for the recipe Farrah. Selamat berbuka puasa nanti.
BalasPadamSelamat berbuka utk Intan juga :)
Padamfavourite ni!
BalasPadamtak pena lagi try masak resepi ni.
BalasPadamsedap bila makan dengan nasi panas-panas
BalasPadambest nyer kalu dpt nasi panas2 ni
BalasPadam