Baru-baru ini, seorang kenalan saya telah bermurah hati hantar sebekas penuh ikan sardin berkuah tomato yang dia buat sendiri menggunakan pressure cooker. Punyalah saya dan Bott gembira. Kami berdua ni pantang jumpa sardin. Tetapi, tak adalah diikutkan sangat rasa suka tu. Makanan dalam tin, kan ... jarang masuk menu. Sekali-sekala, apabila teringin baru beli barang setin dua.
Dah dapat versi homemade, mulalah laju fikir hendak masak apa. Pilihan pertama, tentunya sambal sardin dan kentang.
Sambal Sardin dan Kentang |
Alhamdulillah, rasa ada walaupun rupa kurang. Teknik menggulung kena perbaiki biar lebih kemas dan comel kuihnya. Teknik mengelar doh pula pun kena tone down sikit. Gaya macam orang penuh dendam dapat pisau tajam je. Rupa tak semenggah sebab sardin gulung ni ditimpa kemalangan kecil. Semasa hendak keluarkan dari air fryer, sempat pula terlanggar bucu bakul. Itu yang cedera ringan tu. 😆
Ikan sardin kami masih berbaki beberapa ekor. Sekarang ini sama ada hendak buat kari sardin ataupun sandwic sardin, masih jadi isu perdebatan antara saya dengan Bott. Kalau kalian diberi pilihan, kari sardin atau sandwic sardin? Atau ada saranan lain yang lebih enak?
Selamat beristirahat hujung minggu. Saya tengah panaskan enjin untuk blogwalking ni. Insya-Allah, jumpa nanti.
Suka sardin gulung macam ni tapi tak pandai dan tak pernah cuba buat.. Dulu kat sekolah selalu beli sardin gulung mcm ni.
BalasPadamSaya kan... sardin gulung begini dan sardin gulung yang jenis roti... dua-dua saya suka!
PadamBagi Kak Amie okey saja guna resipi kulit karipap untuk sardin gulung tu.
BalasPadamCadangan ye.... sandwich sardin sedap!
Janji jadi kulit sardin gulungnya kan, Kak Amie :)
PadamSaya tengah berat ke sandwic sardin ni hahahah
Kalau tanya saya, off course lah sandwich sardin. Kari sardin macam tak kena di tekak. Bestnya homemade. Rumah saya ada pressure cooker tapi tulah kerajinan takde. Haha
BalasPadamHahaha samalah kita. Akak ada pressure cooker gak, tapi dah nak dekat dua tahun tak keluar-keluar dari kotak. Akak memang berat ke sandwic tau tapi tiba-tiba tengok orang share video kari sardin kat Youtube macam goyah gak dibuatnya.
Padamcuba sahaja, mana tau menjadi dan kena dengan selera. selagi tak cuba, selagi tu teringat
Padamcantiknya kejadian diaaa.. makan ptg2 smbil layan moviee.. huhhh sedap!
BalasPadamHikhik mujur ada rupa sardin gulung. Memang best makan sambil layan movie. Tahu-tahu habis sepiring :)
PadamWah sedapnyaaaa!!!
BalasPadamDylla! How are you, dik? Lama tak dengar khabar berita :)
PadamRajinnya seseorang tu buat homemade sardin. Dapat sardin sesekali memang sedap makan. Sardin dalam tin tu kalau teringin makan sardin baru beli.
BalasPadammacam sedap sardin gulung guna doh karipap. Takpe, pasni cuba lagi kak Farrah. rupa ada dah tu.
kalau saya suka sandwich sardin :)
Kan... kena tahan selera. Kalau ikutkan nak makan sardin selalu hahaha
PadamYes, akak akan cuba lagi! Thanks so much, Fiza. Nah. flying kiss satu tin sardin utk Fiza. Mmmmuuuaahhhhh!
Terima kasih untuk flying kiss satu tin sardin. hihi..Satu tin sardin besar kalau masak, sehari tu boleh jadi lauk dan lebih buat sandwich dengan nasi goreng.
Padamsardin gulung sllu beli kat kantin..
BalasPadamsedap! hihi..
paling sng masak sardin.. kdg buat ns goreng sardin pon sedap..
Cicah dengan roti puri pun sedap kak farrah
BalasPadammenu yang sangat mudah sangat sedap
BalasPadamRajinnyaaaa kenalan kak farrah tu! Pos dekat terengganu sikit hehehe :P
BalasPadamKalau saya, kurang sikit lauk sardin, kadang kadang terbayang wet food kucing (maafkan saya) >.<
Rajinnya, saya memangg auto beli sardin dalam tin.
BalasPadamx pe janji sedappppp
BalasPadam