Minggu ini memang jadual saya lari sedikit sebab memantau keadaan Yuri yang hampir seminggu tidak lalu makan. Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, dari luaran dia sihat. Tiada sebarang simptom seperti demam, bengkak gusi atau hidung berair.
Aksi maintain macho nak ke klinik 😊 |
Kunjungan kedua jumpa doktor haiwan pun, doktor suruh tengok keadaan Yuri selama beberapa hari. Mungkin ada faktor persekitaran yang buat Yuri tertekan atau mungkin juga saluran pernafasannya tersumbat sedikit. Jika bertambah teruk, kenalah buat ujian darah secara menyeluruh kerana dikhuatiri ada penyakit yang lebih serius.
Kali ini saya minta ubat muntah jenis cecair. Doktor campurkan ubat muntah dengan multivitamin untuk memudahkan saya. Memang saya angkat bendera putih. Tak mampu nak bertarung dengan Yuri sewaktu cuba masukkan pil ke dalam tekaknya. Saya dah calar-balar di kedua-dua belah tangan, lengan, bahu kanan dan sekarang ada tatu sementara di muka - kesan gigitan Yuri. Punya tekad nak lepaskan diri tak mahu makan pil punya pasal! Ini dah kira kucing makan tuan ni!
Selain daripada ubat muntah, Yuri turut disapukan sedikit krim di cuping telinga untuk tingkatkan selera makan. Saya juga periksa tahap hidrasi badannya dari semasa ke semasa.
Cara Mengesan Tanda-tanda Dehidrasi Pada Kucing
Biasanya, saya akan guna dua cara ini:
- Perhatikan keanjalan kulit kucing. Tarik atau cubit sedikit kulit di bahagian belakang kucing kemudian lepaskan. Jika kulit anjal, kembali ke keadaan asal dengan cepat, maknanya kucing terhidrat. Sebaliknya, jika kulit yang ditarik tadi mengambil masa untuk kembali ke keadaan asal, kucing sudah kehilangan banyak air.
- Perhatikan gusi. Jika gusi basah, licin dan berkilat - cukup air. Kucing yang mengalami dehidrasi gusinya kelihatan kering.
Kenko untuk Yuri
Memandangkan Yuri tak lalu makan, kenalah ‘paksa’ Yuri makan supaya badannya tidak lemah dan perut tidak masuk angin.
Saya belikan Aixia Kenko dalam tin kecil begini untuk Yuri.
Aixia Kenko for Cats |
Ada dua jenis - ayam dan ikan. Makanan ini dalam bentuk pes atau cecair. Harga setin sekitar RM4.++ ke RM5.++. Sedut guna syringe, suap pada Yuri sedikit demi sedikit beberapa kali sehari.
Alhamdulillah, sewaktu entri ini ditulis, keadaan Yuri dah bertambah baik. Dia dah mula makan sendiri dekat mangkuk makanan seperti biasa dan paling saya lega, Yuri tidak muntah lagi.
Dalam fasa penyembuhan. |
Terima kasih pada teman-teman yang bertanya khabar dan mendoakan Yuri. Saya amat hargainya. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan sehebat-hebat ganjaran.
Cantiknya bulu yuri. Tengok dia dalam kereta tu macam sihat tu dan good mood. Dan rehat dan makan ubat tu, harap cepatlah yuri sembuh dan aktif semula. Aaminn...
BalasPadamTerima kasih atas doanya, Fiza. Itulah, rutin dia tak berubah cuma tak selera makan minum je.
PadamComel..gebu bulunya...miow sini agak tak sihat juga
BalasPadamSemoga meow cikgu cepat sembuh ya.
PadamKesiannya, nampak sihat segak dia dalam kereta, moga Yuri cepat sembuh dan sihat segera. Aameen.
BalasPadamTerima kasih atas doanya, babYpose. Alhamdulillah, keadaan Yuri tidak seteruk mana cuma lemah sedikit sebab tak makan dengan sempurna :)
PadamHehe Yuri tidur macam manusia.
BalasPadamKadang-kadang saya rasa ada gaya tidurnya yang mengejek saya hahaha
Padamsemoga cepat sembuh yuri..
BalasPadamTerima kasih, Aien :)
PadamCantiknya bulu Yuri. Halus mulus. Rasa nak gomol-gomol saja. Cepat sembuh ya Yuri.
BalasPadamTerima kasih, Kak Amie. Kebetulan baru beberapa hari lepas dia mandi, kak. Tu yang cantik tersusun lagi tu. Kalau lama tak mandi, seram jugak tengok keadaan bulunya :D
PadamAlalalala comelnyaaa yuri! Bulu dia tuuu! ALhamdulillah yuri dah sihat dahh. Takmo sakit lama lama yuri, siann tuan yuri, risaukan yuri hehehe.
BalasPadamHuhuhu betul. Tuan Yuri rasa macam dah nak sakit dah ni asyik bimbangkan Yuri :)
PadamCantiknya Yuri.. Semoga cepat sembuh Yuri
BalasPadamTerima kasih atas doanya, Tuan Fairus :)
Padamrabia nak pergi ke klinik jgk bawak si beauti tu
BalasPadamdemam dia
Alahai kesiannya Beauti demam. Moga cepat sembuh, Beauti!
PadamAlhamdulillah keadaan yuri dah bertambah baik .
BalasPadamAlhamdulillah. Lega hati akak sikit :)
PadamNasib baik kali ni eja nama penuh. Penat mummy Farrah bagi nama sedap-sedap tau. Get well soon Yuri encem. Nampak manja, tapi mengganas ye bila kena makan ubat
BalasPadamHahahah kali ini Mummy Farrah happy sebab nama Yuri penuh. Barulah boleh feeling-feeling kucing diva!
Padamsmoga yuri makin sihat..
BalasPadamsama lah mcm kucing busyra, gak mampu nk bg ubat biji.. dia x mau.. haha
Thanks, Busyra! Hahaha memang jenuh, kan? Lepas ni kalau pergi vet, akak memang kena tolak awal-awal jika dapat ubat biji. Tak payah nak ambitious sangat boleh bagi kucing makan pil hehehe
PadamAww cutenya Yuri! Semoga baik2 sahaja yaa. Jangan nakal2
BalasPadamyuri kalau bosan dok rumah tu meh laa pindah ke sini hahahahaha
BalasPadam