Jumaat, September 10, 2021

Kenko untuk Yuri

Assalamualaikum. Salam Sayyidul Ayyam!

Minggu ini memang jadual saya lari sedikit sebab memantau keadaan Yuri yang hampir seminggu tidak lalu makan. Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, dari luaran dia sihat. Tiada sebarang simptom seperti demam, bengkak gusi atau hidung berair. 

Aksi maintain macho nak ke klinik 😊
Kunjungan kedua jumpa doktor haiwan pun, doktor suruh tengok keadaan Yuri selama beberapa hari. Mungkin ada faktor persekitaran yang buat Yuri tertekan atau mungkin juga saluran pernafasannya tersumbat sedikit. Jika bertambah teruk, kenalah buat ujian darah secara menyeluruh kerana dikhuatiri ada penyakit yang lebih serius.




Kali ini saya minta ubat muntah jenis cecair. Doktor campurkan ubat muntah dengan multivitamin untuk memudahkan saya. Memang saya angkat bendera putih. Tak mampu nak bertarung dengan Yuri sewaktu cuba masukkan pil ke dalam tekaknya. Saya dah calar-balar di kedua-dua belah tangan, lengan, bahu kanan dan sekarang ada tatu sementara di muka - kesan gigitan Yuri. Punya tekad nak lepaskan diri tak mahu makan pil punya pasal! Ini dah kira kucing makan tuan ni!

Selain daripada ubat muntah, Yuri turut disapukan sedikit krim di cuping telinga untuk tingkatkan selera makan. Saya juga periksa tahap hidrasi badannya dari semasa ke semasa. 

Cara Mengesan Tanda-tanda Dehidrasi Pada Kucing

Biasanya, saya akan guna dua cara ini:
  1. Perhatikan keanjalan kulit kucing. Tarik atau cubit sedikit kulit di bahagian belakang kucing kemudian lepaskan. Jika kulit anjal, kembali ke keadaan asal dengan cepat, maknanya kucing terhidrat. Sebaliknya, jika kulit yang ditarik tadi mengambil masa untuk kembali ke keadaan asal, kucing sudah kehilangan banyak air.
  2. Perhatikan gusi. Jika gusi basah, licin dan berkilat - cukup air. Kucing yang mengalami dehidrasi gusinya kelihatan kering. 


Kenko untuk Yuri

Memandangkan Yuri tak lalu makan, kenalah ‘paksa’ Yuri makan supaya badannya tidak lemah dan perut tidak masuk angin.

Saya belikan Aixia Kenko dalam tin kecil begini untuk Yuri. 
Aixia Kenko for Cats

Ada dua jenis - ayam dan ikan. Makanan ini dalam bentuk pes atau cecair. Harga setin sekitar RM4.++ ke RM5.++. Sedut guna syringe, suap pada Yuri sedikit demi sedikit beberapa kali sehari.

Alhamdulillah, sewaktu entri ini ditulis, keadaan Yuri dah bertambah baik. Dia dah mula makan sendiri dekat mangkuk makanan seperti biasa dan paling saya lega, Yuri tidak muntah lagi.

Dalam fasa penyembuhan.


Terima kasih pada teman-teman yang bertanya khabar dan mendoakan Yuri. Saya amat hargainya. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan sehebat-hebat ganjaran.









26 ulasan:

  1. Cantiknya bulu yuri. Tengok dia dalam kereta tu macam sihat tu dan good mood. Dan rehat dan makan ubat tu, harap cepatlah yuri sembuh dan aktif semula. Aaminn...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas doanya, Fiza. Itulah, rutin dia tak berubah cuma tak selera makan minum je.

      Padam
  2. Comel..gebu bulunya...miow sini agak tak sihat juga

    BalasPadam
  3. Kesiannya, nampak sihat segak dia dalam kereta, moga Yuri cepat sembuh dan sihat segera. Aameen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas doanya, babYpose. Alhamdulillah, keadaan Yuri tidak seteruk mana cuma lemah sedikit sebab tak makan dengan sempurna :)

      Padam
  4. Hehe Yuri tidur macam manusia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang-kadang saya rasa ada gaya tidurnya yang mengejek saya hahaha

      Padam
  5. Cantiknya bulu Yuri. Halus mulus. Rasa nak gomol-gomol saja. Cepat sembuh ya Yuri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Kak Amie. Kebetulan baru beberapa hari lepas dia mandi, kak. Tu yang cantik tersusun lagi tu. Kalau lama tak mandi, seram jugak tengok keadaan bulunya :D

      Padam
  6. Alalalala comelnyaaa yuri! Bulu dia tuuu! ALhamdulillah yuri dah sihat dahh. Takmo sakit lama lama yuri, siann tuan yuri, risaukan yuri hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu betul. Tuan Yuri rasa macam dah nak sakit dah ni asyik bimbangkan Yuri :)

      Padam
  7. Cantiknya Yuri.. Semoga cepat sembuh Yuri

    BalasPadam
  8. rabia nak pergi ke klinik jgk bawak si beauti tu
    demam dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai kesiannya Beauti demam. Moga cepat sembuh, Beauti!

      Padam
  9. Alhamdulillah keadaan yuri dah bertambah baik .

    BalasPadam
  10. Nasib baik kali ni eja nama penuh. Penat mummy Farrah bagi nama sedap-sedap tau. Get well soon Yuri encem. Nampak manja, tapi mengganas ye bila kena makan ubat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah kali ini Mummy Farrah happy sebab nama Yuri penuh. Barulah boleh feeling-feeling kucing diva!

      Padam
  11. smoga yuri makin sihat..
    sama lah mcm kucing busyra, gak mampu nk bg ubat biji.. dia x mau.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Busyra! Hahaha memang jenuh, kan? Lepas ni kalau pergi vet, akak memang kena tolak awal-awal jika dapat ubat biji. Tak payah nak ambitious sangat boleh bagi kucing makan pil hehehe

      Padam
  12. Aww cutenya Yuri! Semoga baik2 sahaja yaa. Jangan nakal2

    BalasPadam
  13. yuri kalau bosan dok rumah tu meh laa pindah ke sini hahahahaha

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.