Yuri Van Tanpa Houtten

Rabu, September 08, 2021

Kucing saya si Yuri Van Houtten bulan Oktober ini akan genaplah usianya 10 tahun. Dah masuk kategori kucing veteran dah. Jadi, saya kena sentiasa alert dengan sebarang perubahan sikap Yuri. Yalah, apabila masuk fasa ini, kucing ada kecenderungan untuk dapat macam-macam penyakit.

Dua tiga hari yang lalu saya perasan Yuri kurang makan. Semasa tengok bekas makanan, pelik pula sebab makanan masih berbaki. Luak sedikit sahaja. Saya perhatikan tingkah laku Yuri seperti biasa, masih aktif. Tak adalah murung, lemah dan mengasingkan diri. Periksa suhu badan pun tak panas.

Yuri Van Houtten nak pergi klinik.

Semalam dah tak makan langsung. Nampak juga sekali-sekala dia pergi dekat bekas makanan, hidu-hidu kemudian berlalu pergi. Mesti lapar tetapi tak ada selera. 

Jumpa Doktor Haiwan

Apa yang membimbangkan, apabila dia mula muntah. Pada mulanya, saya tak alarm sangat sebab dia biasa muntahkan bulu-bulu dia. Si Yuri ni ada baka Maine Coone. Memang bulu banyak dan panjang. Tetapi, apabila saya suapkan makanan, beberapa minit selepas itu dia muntahkan balik, terus tak sedap hati.

Ini bukan petanda yang baik. Bergegaslah Bott telefon sana-sini untuk cuba dapatkan temujanji jumpa doktor di klinik haiwan yang berhampiran. Faham-fahamlah sekarang ini mana boleh main walk-in sesuka hati macam dahulu. 

Alhamdulillah, berjaya dapatkan dua temujanji di dua klinik berbeza. Satu petang semalam, pukul 6.30 petang dan satu petang nanti. Dua-dua klinik ni memang Yuri biasa pergi. 

Sesampai di sana, Yuri diperiksa. Tetapi, tiada sebarang simptom yang membimbangkan. Walaupun tak makan dan minum, tak adalah sampai dehydrate. To be on the safe side, kena juga masuk drip sedikit semalam dan doktor bekalkan multivitamin Troy Nutripet dan ubat muntah. 

Troy Nutripet High-Energy Vitamin Concentrate Paste

Troy Nutripet Vitamin

Dapatkan di Lazada | Shopee

Vitamin Troy (Troy Nutripet High-Energy Vitamin Concentrate Paste) ini kegemaran Yuri. Antara vitamin terbaik untuk kucing yang di pasaran. Kena pula dengan selera kucing saya. Vitaminnya dalam bentuk pes yang agak pekat. Bau pun sedap ala-ala karamel gitu. Ada sesetengah vitamin yang baunya busuk, pelik ... main kejar-kejar satu rumah saya dengan Yuri kalau hendak beri makan. 

Apa yang penting multivitamin ini sangat elok untuk kuatkan semula pertahanan tubuh dan rangsang selera yang tumpul.

Biasanya saya beli di klinik haiwan sahaja di dalam botol kecil sebab saya beri Yuri makan secara berkala. Sekarang beli di Lazada. Satu tiub besar berkapasiti 200ml. Puas hati!


Tanpa Houtten

Balik rumah, dah settled down si Bott ketawa besar gelakkan saya. Nama Yuri kat plastik ubat kena pancung, tinggal Yuri Van sahaja. Houtten tak ada. Yuri Van? Apo Yuri Van? Terus hilang manis nama tergantung begitu. Itulah ... masa bagi nama kucing bukan main panjang, orang nak menulis pun jenuh 😂
Yuri Van tanpa Houtten 😂


Hari ini, selepas diberi makan, Yuri muntah lagi. Percubaan untuk beri pil anti muntah tidak berjaya. Bab beri ubat biji pada Yuri memang adalah sesuatu yang mustahil bagi kami. Dia jenis kucing meronta huhuhu. Pakailah teknik apa, alat apa ... semua tak lepas. 

Mujur kami belum batalkan temujanji dengan klinik kedua. So, Yuri akan pergi jumpa doktor lagi untuk dapatkan konsultasi. Manalah tahu ada masalah pada perut ke atau organ lain. Setakat ini, Yuri masih aktif lakukan aktiviti harian - jalan-jalan keliling rumah, baring tepi saya, tengok lori lalu-lalang depan jalan melalui pintu gelangsar, tengok tupai dan burung ... tetapi makan minum tak lalu langsung. Itu yang risau tu.


Tolong doakan Yuri ya.




15 ulasan

  1. harap si miou cepat sihat ya...comel tu kucing tau

    BalasPadam
  2. Didoakan Yuri dikurniakan kesembuhan dengan kadar segera.
    Banyak dah umur Yuri kalau 10 tahun tu ikut umur manusia lebih kurang 50 tahun lebih
    Mrs. A pun ada sekor kucing nama Marble yang bila nak bagi ubat umpama berperang

    BalasPadam
  3. semoga yuri baik2 je.. siannya xde selera.. muntah2..

    BalasPadam
  4. Nama dia glamour betul. Hilang seri terus kan tanpa pemanis Houtten. Kesian Yuri. Semoga cepat sembuh ye Yuri. Aaminnn...

    Dulu kucing saya sakit pun struggle betul nak bagi ubat. kapsul ke cecair je tetap struggle. Kena cakar itu biasa. huhu

    BalasPadam
  5. Yuri dh jd warga emas.. hahaha. Org yg tulis tu tak reti eja kot. Biasalah bila kucing dh berumur ni kena alert sikit.

    Harap tak ada sakit yg serius

    BalasPadam
  6. 10 tahun usia kucing, kalau convert ke usia manusia, memang agak tua dahhhhh kannn. Moga moga terus sihat yuri! Comel la nama dia, kemain panjang, dah macam nama manusia dahhhh hahahaha

    BalasPadam
  7. semoga Yuri sihat. Itulah Yuri, nama Belanda sangat, pening staf klinik haiwan nak eja. 10 tahun lama tu. saya pernah bela kucing sampai 13 tahun. Mati pun sebab kena langgar. memang panjang umur

    BalasPadam
  8. sama lah, kucing saya pun susah bab nak makan ubat ni. Kali pertama lepas lah, masuk kali kedua mula lah meronta

    BalasPadam
  9. Ingatkan cerita tentang coklat van haoten rupanya nama kucing Yuri Van Houtten. Macam nama Belanda pula.
    Yuri: kenapa ni sayang? Tak sedap badan ke? Makanlah walaupun sedikit. Nanti jatuh sakit, susah hatilah pula Ibu Farrah. Moha Yuri kembali pulih seperti dahulu.

    BalasPadam
  10. Masih aktif petanda baik.
    Hehe biasa sedangkan nama manusia pun kena singkatkan kalau ke klinik.

    BalasPadam
  11. Sedap nama yuri van hotten .. Semoga yuri cepat sembuh dan kembali cergas

    BalasPadam
  12. 10 tahun?? Woww lama tuuu. Semoga ada rezeki kak farrah dengan yuri lagi lama yaaa

    BalasPadam
  13. maknanya dah x coklat laa kan x de houtten? heheheh

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.