Spageti Isi Ketam

Selasa, September 07, 2021

Saya ada baki isi ketam dalam 1 cawan. Hendak disupkan macam alang-alang. Sedikit sahaja isi ketamnya, nanti tak naik rasa pula.  Benda paling mudah, jadikan rencah untuk spageti.

Spageti isi ketam berkrim. Manis dari isi ketam, lemak dari mentega dan susu (atau krim) dan sedikit kepedasan dari chili flakes.

Spageti Isi Ketam


Resepi Spageti Isi Ketam

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/2 pek spageti, direbus 
  • 5 - 7 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 cawan isi ketam
  • 1 biji tomato dipotong baji
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/2 - 1 cawan susu rendah lemak atau susu cair. Boleh juga gunakan krim masakan.
  • 1/2 cawan air rebusan spageti
  • serbuk lada sulah secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • chilli flakes secukupnya. Boleh juga ditukar kepada hirisan cili api.


Langkah-langkah penyediaan:

  1. Panaskan mentega dengan api sederhana sehingga cair. Api jangan kuat ya. Kita tak mahu mentega hangus pula. Tumis bawang putih yang telah dicincang sehingga naik bau.
  2. Setelah itu, masukkan isi ketam. Biarkan seketika. Kemudian, masukkan susu dan tomato. Saya suka masukkan belahan tomato pada tahap ini kerana suka tekstur tomato yang mushy. Pada masa yang sama, saya ingin kemasaman tomato tu menyerap sedikit ke dalam kuah. Jika tidak suka tomato lembik, letak tomato di akhir proses memasak ya.
  3. Seterusnya, masukkan spageti yang telah direbus dan gaul semua bahan sehingga sekata.
  4. Sekiranya spageti kelihatan agak kering dan tidak berkuah, masukkan air rebusan spageti tadi sedikit. Masak buat seketika sehingga kuah mengering dan memekat.
  5. Perasakan dengan serbuk lada sulah, garam dan cili flakes sesuai cita rasa.
  6. Sedia untuk dihidangkan.


Selamat mencuba!


16 ulasan

  1. Wowww spageti isi ketam.. Mmg memarik tu..

    BalasPadam
  2. Tak pandai nak ulas pasal spagetti pasal tak makan.. Kalau isi ketam memang sedap le.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita geng hehehe, isi ketam memang best! Tapi spagetti tak berapa nak makan >.<

      Padam
  3. Bila ada benda sikit nak buat satu menu banyak memang tak berbaloi. Good idea masukkan dalam masakan spaghetti. Sedap gak tu rasanya macam isi udang manis manis. Tabur chilli flakes tu sedap ada rasa pedas pedas tak muak makan.

    BalasPadam
  4. Menarik utk dicuba!! Tak pernah jumpa la resepi ni. Heheh. Apa agaknya rasa dia

    BalasPadam
  5. tak pernah lagi guna isi ketam untuk spaghetti. Selalunya guna udang dengan sotong je. Nanti boleh try

    BalasPadam
  6. Menjadi dengan jayanya spaghetti isi ketam. Sedapkan isi ketam. Rasa terbau aroma menteganya tu.

    BalasPadam
  7. sedapnyaaa tngok.. ketam pun lama busyra x mkn.. haihhh terliur!

    BalasPadam
  8. Mmg tgah dok cari resepi pasta. Terjumpa pula sini boleh buat lagg

    BalasPadam
  9. sedapnya.. x pernah try selalu minced beef jer memanjang

    BalasPadam
  10. nnt nk check balik. rs nya ada byk baki isi ketam kt rumah tu hehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.