Rehat Minda - Pure Evil

Selasa, September 07, 2021

Assalamualaikum. Semoga hari ini baik-baik dan indah buat kita semua.

Biasalah, apabila tatal gambar-gambar di Instagram, banyak betul perkara melucukan yang kita akan jumpa. Ini yang ingin saya kongsikan dengan kalian.

Scar dan Mufasa
Boleh terfikir pula si pelaku hendak cipta semula babak Scar bunuh Mufasa dalam cerita The Lion King. Memang gelak besar saya melihatnya. 

Selain itu, saya juga pernah jumpa klip dua ekor kucing bermain di atas puncak tilam yang ditegakkan di tepi dinding. Salah langkah, seekor daripadanya tergelincir dan berpaut di hujung tilam. Yang seekor lagi ni tiba-tiba kesurupan jadi Scar! Ditolaknya kawan tu sampai jatuh ke bawah. Apa yang menarik,  tuan punya video edit tingkah laku kucing-kucing tadi dengan latar babak Lion King. Cantik dan tepat suntingannya. Maaf tak dapat kongsi di sini. Saya ingat saya dah simpan video berkenaan, tetapi apabila dicari tiada pula.

*Gambar diperoleh melalui perkongsian di Instagram. Tidak dapat kreditkan kepada pemilik yang asal.



Satu lagi 'pure evil' yang buat saya ketawa. Saya sudah pernah tengok gambar ini sebelum ini. Gambar lama. Tetapi, setiap kali tengok, setiap kali itu akan ketawa memikirkan gigih tukang susun dinasour tu nak prank budak. Kasihan si kecil panik dan ketakutan dikepung beberapa ekor dinosaur. Ultaraman mana?

Dikepung dinosaur

Selamat menikmati hari! Jangan lupa senyum! 😊

22 ulasan

  1. alalala comel gambar kat bawah tu haha

    BalasPadam
  2. Ingat lagi dialog Mufasa, "Scar...no!" Memang kreatif sapa yang buat ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha tang NOOOOOOO! tu kena panjang dan dramatik sikit πŸ˜†

      Padam
  3. Lucu juga tengok gambar yang terakhir tu . Sampai menangis budak tu kena kepung dengan dinasour

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian kan... Mau trauma budak tu dgm dinosaur! πŸ˜€

      Padam
  4. patut yang gambar bawah tu, budak tu buat aksi menenangkan Raptor ala Chris Pratt dalam Jurassic World. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak rasa dia ni sama spesies darah gemuruh cepat terperanjat macam akak ... Tak sempat fikir apa dah, NANGES DULU!!!! πŸ˜†πŸ˜…πŸ˜‚

      Padam
  5. Hahahahaahhahah manusia ni bila sel2 berhubung lain maciammmm

    BalasPadam
  6. haishhh kreatif betol dorg ni.. haha

    BalasPadam
  7. Terhibur tengok! Siapalah yang kreatif sangat ni. Betul betul pure evil. Hahha..kesian ada nak gelak pun apa.

    BalasPadam
  8. *nak gelak pun ada..aduhaiii typo pulak

    BalasPadam
  9. Hahahahha.. makin kreatif org zaman skrg

    BalasPadam
  10. Tak pasal pasal menangis adikk tuu kena kepung hahaha, siapalah yang usik dia macam tu :D

    BalasPadam
  11. Kesian budak kecik tu ketakutan. Agaknya kalau kecik2 dulu saya kena prank begini saya pun teriak juga.

    BalasPadam
  12. tapi bab2 menyakat dan melawak org malaysia laa no. 1 hehehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.