Hujan | Guntur | Ramen Panas

Rabu, September 08, 2021

Assalamualaikum. 

Di kawasan saya belakangan ini, cuaca panas setengah hari sahaja. Menjelang petang ke malam memang hujan lebat. Angin kuat, guruh berdentam-dentum, semua cukuplah.

Dengan keadaan cuaca sebegini, pola pemakanan di rumah ini berubah secara tak langsung. Dah kurang masak nasi dan lauk. Asyik nak makan sup-sup …  sesuatu yang panas dan berkuah untuk panaskan badan. Mulalah segala bentuk mi, ramen dan bihun jadi pilihan.

Ini hidangan bersup kami untuk makan malam tempoh hari. Mula-mula tak rasa lapar, ingat nak makan roti je. Tetapi, bunyi hujan dan guntur yang saling bertingkah menjadikan perut cepat berlubang! 😂 Tak boleh jadi ni! We need something soupy

Terus capai mi kering dan korek apa ada di dalam peti sejuk untuk buat hidangan bersup ala-ala ramen.

Bott punya. 

Ramen Ayam

Masukkan stok ayam, beberapa biji bebola dan sayur. Perasakan dengan kicap, lada hitam dan garam.


Saya punya. Ramen tomyam.

Ramen Tomyam

Saya gunakan pes tomyam Adabi untuk kuah, bahan-bahan lain lebih kurang sama macam Bott. Yang penting ada cili api dan sayur kena lebih sikit.

Alhamdulillah. Selesai makan, kami nikmati air coklat panas bercili pula. Panas sikit badan. Boleh intai resepi air coklat saya di sini. Air coklat tak sempat ambil gambar sebab saya dah berkelubung jadi snowman gemuk.

Kalian pula bagaimana? Apa hidangan yang kalian biasa sediakan atau beli untuk dimakan waktu-waktu hujan tatkala cuaca sejuk?






14 ulasan

  1. Cuaca mempengaruhi mood betul tu. Mendung aktiviti pun malap hehe.. Betul suka sup sup hari sejuk, sedap dua-dua hidangan tu, yang pedas lagi puas, mesti hirup..

    BalasPadam
  2. kalo panas sgt nk mkn pon xde selera..
    kalo ujan perot ni manjang lapar.. haha..
    cuaca mempengaruhi perot..

    sedapnya ramen! rs nk mkn megi pulak.. hihi

    BalasPadam
  3. Tempat saya pulak mendung je tapi kadang panas membahang. Tapi kalau time sejuk hujan hujan memang sedap makan masakan berkuah. Capai mi maggi lah jawabnya. hihi

    BalasPadam
  4. Bila cuaca panas kurang makan rasa nak minum yang sejuk je. Tapi bila hujan memang cari sup-sup.

    BalasPadam
  5. Kalau sayaaaa, megi! Hehehe. Kalau tak megi, memang cari benda berkuah jugak la macam kueh teow kungfu ke sup ke, kasi hangat sama badan hehehe.

    BalasPadam
  6. betul tu faktor cuaca pun mempengarahu menu yg kita mkn... kakmim pun sama lah akn carik mknn yg berkuah... kalau x tomyam, sup je lah.. apa lagi kan.. air coklat bercili? hmm.. apa rasanya ek

    BalasPadam
  7. betul kak. sekarang sejuk asyik nak ke dapur je. selalunya masak megi je

    BalasPadam
  8. kalau sejuk2 memang suka makan makanan berkuah macam ni. Haritu melayan soto ayam hehe

    BalasPadam
  9. Dua-dua ramen nampak sedap! Sudah hujan, sejuk-sejuk memang ngam betul tu hirup sup panas-panas...slurrpp..slurrrpppp!

    BalasPadam
  10. Sama ingat masa sejuk, saja duduk dapur untuk dapat kehangatan buat mi segera juga.
    Memanglah nikmat hirup panas-panas.

    BalasPadam
  11. makan time hujan2 ni mmg layan habesss.. tekak rasa segar

    BalasPadam
  12. Time2 hujan cari goreng2 mcm pisang goreng ke. Sedapnyaaaa dengan milo panas heheh

    BalasPadam
  13. time-time hujan memang perut minta makan berkuah

    BalasPadam
  14. sejuk2 ni sy zzzz je. dah lapo sgt, mkn je apa yg ada. nasi dgn telur goreng kicap pun jalaannnnnn hehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.