Roti Canai Kepah Berkuah Sos Mentega

Khamis, September 09, 2021

Sebelum ini saya ada cerita yang teringin hendak makan kupang atau kepah Two Sons Bistro. Boleh baca mengenainya di sini. Alhamdulillah, berjaya beli kupang tetapi tak ada rezeki hendak masak sebab pada hari tersebut, saya dapat satu tugasan urgent yang perlu disiapkan. Sudah tentulah tiada masa untuk feeling-feeling jadi chef tersohor di dapur. Kupang-kupang segar tu sudahnya jadi orang lain. Projek kupang ala Two Sons Bistro ditangguh ke lain kali.

Tetapi, alhamdulillah. Dah tertulis ada rezeki saya nak makan apa yang diidamkan. Kan saya cerita, saya kenen-kenen adik saya si Cekengah tentang menu kupang ini. Bangun-bangun pagi, dapat gambar melalui Whatsapp.

Chilli butter cream clams. Kepah dengan kuah sos mentega. Kupang tak naik darat lagi. 😂

Seawal pagi Cekengah dah bangun masak kepah supaya hidangan tu dapat dihantar kepada saya. Cekengah sekarang kalau stress atau bosan, kerjanya memang masuk dapur je. Macam-macam resepi dia cuba. Tambahan pula, sekarang ni dia teruja guna ThermoMix. Masak itu masak ini, namun yang dijamah hanya sedikit. Kak Long kawasanlah yang untung! Saya yang nanti akan tersengih-sengih depan pintu rumah tunggu makanan-makanan tu sampai.

Berbalik kepada kepah berkuah sos mentega, ini versi kurang pedas. Cekengah tak letak cili sangat sebab Bott tengah dalam fasa pantang makan pedas. Saya panaskan dalam ketuhar gelombang mikro, aromanya semerbak mendominasi ruang dapur.

Hendak makan dengan potongan baguette, tiada stok di rumah. Roti bawang putih? Tengah berkira-kira, tiba-tiba terlintas untuk makan lauk ni dengan roti canai. Apa lagi, cepat-cepat keluarkan roti canai dingin beku dan masak. Beberapa minit selepas itu ....

Roti canai panas-panas dicecah bersama kepah bersos mentega. Lazat sungguh menikmati cebisan roti yang telah menyerap kuah lemak berkrim. Syukur, lepas dah rasa teringin saya.

Bagi kalian yang gemar makan kupang atau kepah, nanti boleh cuba masak hidangan ini. Saya lihat banyak resepi yang dikongsikan di internet. Di Youtube pun banyak video cara menyediakan hidangan seperti yang dijual di Two Sons Bistro. Tinggal pilih yang mana berkenan dan ikutlah langkah demi langkah.


27 ulasan

  1. Fusion betul masakan kak Farrah. Hati-hati kang saya terpacul depan rumah. Dah boleh rentas daerah ni. Hehe.

    p/s: baru google Two Sons Bistro near me rupanya ada di KLCC.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha boleh, no problem. Sal datang rentas ke sini dulu then akak bawak rentas daerah rumah Cekengah pula.

      Orait, lepas ni leh bawak geng gi makan kat KLCC.

      Padam
  2. Alhamdulillah..dapat juga makan makanan yang dihajati nak makan. Macam tahu tahu je adik Kak Farrah ni. Rezeki dapat makan yang dah siap masak terus. Rare betul makan dengan roti canai :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, rezeki dapat makanan yang siap dimasak tu yang mahal tu.
      Akak bab makan memang agak panjang akal sedikit, bab lain lambat hahahah

      Padam
  3. kepah ni sedap betul. Menu kemain fusion ye hahaha

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Tang lemak berkrim tu yang buat bertambah makan tu :)

      Padam
  5. masa pegi two sons lastyear tk dpt mkn butter chilli clams yg femes tu..sold out..frust la..ckp kt husband kena repeat nanti..tup2 pkp bersambung tkbole nk dine in..so br2 ni masak la sdiri...cicah ngan mantou sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, terus saya terbayang cecah dengan mantou goreng. Sedap tuh!

      Padam
  6. Menu fusion ni. Memang kratif betul Cekengah ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kreatif dia membara-bara sejak dibantu si Bibik Jerman tu kak :)

      Padam
  7. masak pon blh ilangkan stress..
    lg2 kalo kita masak lepas tu licinnn org.. fuhh rasa berbaloi.. hihi

    sedap je nmpk mkn ngn roti canai!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dap dap dap. Akak makan tak pandang orang keliling dah hahaha

      Padam
  8. Untung dapat adik yang rajin masak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, ada adik yang rajin masak dan ingat pada kakaknya memang beruntung!

      Padam
  9. Fuh makan dengan roti canai ye, ingatkan makan dengan nasi hehehe. Nampakkk sedapp!

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. Lepas ni bolehlah jalan jalan cari makan kepah :)

      Padam
  11. fuhhh , ni gandingan yang paling unik , roti canai dan kepah butter milk

    BalasPadam
  12. sedapnya kepahhhhh waduhhh org resdung hanya mampu tengok je laaa hehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.