Sabtu, September 11, 2021

Sambal Sardin | Sardin Gulung

Baru-baru ini, seorang kenalan saya telah bermurah hati hantar sebekas penuh ikan sardin berkuah tomato yang dia buat sendiri menggunakan pressure cooker. Punyalah saya dan Bott gembira. Kami berdua ni pantang jumpa sardin. Tetapi, tak adalah diikutkan sangat rasa suka tu. Makanan dalam tin, kan ... jarang masuk menu. Sekali-sekala, apabila teringin baru beli barang setin dua. 

Dah dapat versi homemade, mulalah laju fikir hendak masak apa. Pilihan pertama, tentunya sambal sardin dan kentang. 

Sambal Sardin dan Kentang
Lauk utama untuk dimakan dengan nasi lemak. Sambal kena pedas dan masuk pes asam jawa lebih sedikit untuk extra masam. Masa makan, lawankan dengan kicap lemak manis. Dapat pula Bott masak kacang panjang goreng sebagai pelengkap hidangan. Tak fikir apa dah! 

Puas makan sambal sardin, tiba-tiba teringin sardine roll atau sardin gulung pula. Dahulu saya rajin beli sardin gulung dingin beku dekat seorang kawan ni. Sejak PKP, dia sekeluarga pindah balik kampung. Dah tak dapat nak order lagi. 

Jadi, inilah percubaan pertama kali saya buat sardin gulung. Belum apa-apa dah curang terhadap resepi. 😅Saya malas hendak cari resepi kulit luar tu (doh pastri) sebenarnya. Saya pakai je resepi kulit karipap yang biasa saya guna. Boleh lihat di sini.


Inilah sardin gulung saya. 😊 Empat ketul digoreng terus untuk makan, selebihnya didinginbekukan buat stok waktu lapar-lapar.


Alhamdulillah, rasa ada walaupun rupa kurang. Teknik menggulung kena perbaiki biar lebih kemas dan comel kuihnya. Teknik mengelar doh pula pun kena tone down sikit. Gaya macam orang penuh dendam dapat pisau tajam je. Rupa tak semenggah sebab sardin gulung ni ditimpa kemalangan kecil. Semasa hendak keluarkan dari air fryer, sempat pula terlanggar bucu bakul. Itu yang cedera ringan tu. 😆

Ikan sardin kami masih berbaki beberapa ekor. Sekarang ini sama ada hendak buat kari sardin ataupun sandwic sardin, masih jadi isu perdebatan antara saya dengan Bott. Kalau kalian diberi pilihan, kari sardin atau sandwic sardin? Atau ada saranan lain yang lebih enak?

Selamat beristirahat hujung minggu. Saya tengah panaskan enjin untuk blogwalking ni. Insya-Allah, jumpa nanti.



20 ulasan:

  1. Suka sardin gulung macam ni tapi tak pandai dan tak pernah cuba buat.. Dulu kat sekolah selalu beli sardin gulung mcm ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kan... sardin gulung begini dan sardin gulung yang jenis roti... dua-dua saya suka!

      Padam
  2. Bagi Kak Amie okey saja guna resipi kulit karipap untuk sardin gulung tu.
    Cadangan ye.... sandwich sardin sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Janji jadi kulit sardin gulungnya kan, Kak Amie :)
      Saya tengah berat ke sandwic sardin ni hahahah

      Padam
  3. Kalau tanya saya, off course lah sandwich sardin. Kari sardin macam tak kena di tekak. Bestnya homemade. Rumah saya ada pressure cooker tapi tulah kerajinan takde. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha samalah kita. Akak ada pressure cooker gak, tapi dah nak dekat dua tahun tak keluar-keluar dari kotak. Akak memang berat ke sandwic tau tapi tiba-tiba tengok orang share video kari sardin kat Youtube macam goyah gak dibuatnya.

      Padam
    2. cuba sahaja, mana tau menjadi dan kena dengan selera. selagi tak cuba, selagi tu teringat

      Padam
  4. cantiknya kejadian diaaa.. makan ptg2 smbil layan moviee.. huhhh sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hikhik mujur ada rupa sardin gulung. Memang best makan sambil layan movie. Tahu-tahu habis sepiring :)

      Padam
  5. Balasan
    1. Dylla! How are you, dik? Lama tak dengar khabar berita :)

      Padam
  6. Rajinnya seseorang tu buat homemade sardin. Dapat sardin sesekali memang sedap makan. Sardin dalam tin tu kalau teringin makan sardin baru beli.
    macam sedap sardin gulung guna doh karipap. Takpe, pasni cuba lagi kak Farrah. rupa ada dah tu.

    kalau saya suka sandwich sardin :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... kena tahan selera. Kalau ikutkan nak makan sardin selalu hahaha
      Yes, akak akan cuba lagi! Thanks so much, Fiza. Nah. flying kiss satu tin sardin utk Fiza. Mmmmuuuaahhhhh!

      Padam
    2. Terima kasih untuk flying kiss satu tin sardin. hihi..Satu tin sardin besar kalau masak, sehari tu boleh jadi lauk dan lebih buat sandwich dengan nasi goreng.

      Padam
  7. sardin gulung sllu beli kat kantin..
    sedap! hihi..

    paling sng masak sardin.. kdg buat ns goreng sardin pon sedap..

    BalasPadam
  8. Cicah dengan roti puri pun sedap kak farrah

    BalasPadam
  9. Rajinnyaaaa kenalan kak farrah tu! Pos dekat terengganu sikit hehehe :P
    Kalau saya, kurang sikit lauk sardin, kadang kadang terbayang wet food kucing (maafkan saya) >.<

    BalasPadam
  10. Rajinnya, saya memangg auto beli sardin dalam tin.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.