Sabtu, Februari 04, 2023

Rezeki Jumaat - Popcorn Caramel Zafran

Assalamualaikum. Selamat pagi! Semalam buka cerita tentang popcorn, hari ini cerita popcorn lagi. 

Semalam, ada orang beri popcorn sebagai sedekah Jumaat. Saya beli makanan di sebuah gerai. Setelah selesai bayar, peniaga tu hulurkan satu bungkus popcorn. Katanya ada orang letak di gerainya untuk diedarkan kepada setiap pelanggan yang datang. Alhamdulillah, ada rezeki saya di situ. 

Dapat satu pek besar begini. Puaslah makan.

Popcorn Caramel Zafran

Dapat popcorn perisa karamel. Tidak silap saya Popcorn Zafran ni ada banyak perasa - strawberi, pandan, coklat, keju, telur masin pun ada. Biasa tengok sebelum ini tetapi saya belum pernah rasa. Ada nampak lalu-lalang promosi popcorn ini di media sosial. Malah, kadang-kadang terserempak orang jual di tepi jalan sementara menunggu lampu isyarat bertukar.


Ingin resepi popcorn air fryer yang mudah dan rendah kalori?

Sedap atau Tidak Popcorn Zafran? 

Siapa yang boleh kata tidak pada popcorn karamel, kan? Tentu-tentulah sedap cuma yang membezakan kesedapan popcorn karamel ialah tahap kemanisan karamel yang menyaluti bertih jagung. Bagi saya, popcorn caramel Zafran ni kategori OK. A bit too sweet for me sebab saya memang kurang gemar makan benda manis. Jadi, pendapat saya terhad kepada cita rasa sayalah. Bagi yang sweet tooth, tentu akan enjoy makan. 

Berbaloi dibeli, berbaloi dimakan, Salutan karamelnya pun penuh. 

Bertambah stok snek kunyah-kunyah kami. Moga si pemberi akan diberikan ganjaran rezeki yang berlipat kali ganda atas sifat pemurahnya.


Tulis entri ini buat saya teringin hendak makan Garrett Popcorn pula. Popcorn karamel memang kelas pertama. Tengoklah harganya. Saya paling suka beli yang ada mixed nuts


Selamat menikmati hari Sabtu! Selamat beristirahat.


 

5 ulasan:

  1. ada lg x? sy sampai kejap lg🤭😂😂

    BalasPadam
  2. Sebungkus popcorn ni kalau makan sambil tengok tv memang ralit laaa . Ccl pun suka popcorn caramel ni ..laju je makan ..

    BalasPadam
  3. Org kg pernah tlg org jual popcorn dipasar malam...😁

    BalasPadam
  4. sekali je pernah merasa garret popcorn.
    nun tu hah di KLCC. kat melaka ni tak nampak pun outlet nya.
    memang sedap, farrah :)

    alhamdulillah.
    moga murah rezeki si pemberi.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.. Semoga murah rezeki yang memberi..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.