Bendi Goreng Rangup | Alkisahnya, semasa saya intai peti sejuk barang basah di 99 Speedmart pada minggu lepas, ternampak beberapa pek bendi. Bendinya gemuk-gemuk. Berkenan betul saya. Jarang jumpa bendi sihat semangat begitu!
Tidak fikir panjang, saya ambil sebungkus. Rasanya ada ambil gambar. Malangnya, ketika menulis entri ini, cari punya cari punya cari, tiada pula gambarnya. Mungkin saya tidak sengaja telah terpadam gambar bendi tu dari galeri foto telefon saya.
Ikut perancangan asal, mahu buat masak asam pedas ringkas. Masalahnya, dari hari ke hari, tak siap-siap masak asamnya. Masak menu lainlah… makan luarlah… Cekengah bawa lauk-pauklah.
Ingin cuba resepi mudah asam pedas cara saya, boleh lihat resepinya di sini.
Hendak celur dan cicah dengan sambal belacan, sampai ke sudah tidak nampak bayang sambal belacannya. Berhari-hari jugalah bendi saya tersadai di dalam peti sejuk.
Akhirnya, saya buat bendi goreng. Tiba-tiba teringat akan satu video masakan yang pernah saya lihat di TikTok. Terus terliur saya dibuatnya. Saya kalau bab menyediakan makanan yang sedap dikunyah-kunyah ini memang cepat sahaja. Stok cemilan sambil menonton atau buat kerja.
Inilah bendi goreng rangup saya.
Bendi goreng rangup |
Cara penyediaan bendi ini sangat senang. Bendi dibersihkan, dibasuh dan dikeringkan. Betul-betul keringkan ya. Jika perlu, lap menggunakan tuala dapur. Setelah itu, bendi dipotong kepada keratan-keratan kecil sesuai selera.
Kemudian, saya buat adunan bater ringkas menggunakan tepung jagung, garam, serbuk kunyit dan sedikit air. Agak-agak sahaja, sekadar cukup untuk saluti keratan bendi. Goreng sehingga bendi garing. Angkat dan tus minyak.
Menarik untuk di cuba ni..semalam baru petik bendi depan rumah, ada 8 batang bendi...
BalasPadamSelamat mencuba, SA! Bestnya, SA ada pokok bendi. Boleh petik fresh terus makan 😊
Padamnampak dan bayangkan pun dah sedap ni... terasa nak cube tanamlah bendi ni.. bagus untuk kesihatan..
BalasPadamSaya pun tengah pertimbangkan untuk tanam bendi juga ni… 😊
Padamboleh juga dicuba. selalu rajin goreng peria je
BalasPadamUishhh itu pun sedap, Ammi. Peria goreng favourite saya tuh 😊
Padamsedapnyaaa kalau dpt cicah dgn sos thai👍👍👍
BalasPadamwahhhhh bendi goreng rangup nampak sedapnya!
BalasPadamMemang sedap, PH pernah try resepi dekat TT. Tapi style x potong, celup tepung & goreng bendi tu sebiji². Makan panas² rangup & sedap
BalasPadamKukus dan rebus sedap, goreng apatah lagi.. Memang umph la..
BalasPadamAgak menarik utk dicuba ni .. Thanks utk resepi nya :D
BalasPadam