Assalamualaikum. Apa khabar? Sudah minum petang?
Hari ni saya di rumah sahaja. Sejak tengah hari tadi asyik dok mengunyah keropok labu. Geng-geng suka mengunyah, korang suka tak makan keropok labu?
Bagi yang belum pernah jumpa, beginilah rupanya keropok labu.
Keropok labu |
Lebih kurang seperti keropok dal sahaja. Tekstur dan kerangupan pun lebih kurang sama. Cuma keropok labu ni sedikit manis dek kerana rasa labunya.
Lihat juga: Kopi Labu | Labu Goreng
Pagi tadi, semasa mengemas pantri, jumpa sebungkus keropok labu mentah. Lama dah tak makan keropok labu. Dahulu, saya rajin beli berpek-pek dekat Eco Shop, simpan buat stok kunyah-kunyah.
Tidak pasti keropok labu yang ini saya beli di mana … ke ada orang bagi. Saya pun tidak tunggu lama, terus goreng. Dapat dalam tiga balang besar.
Sedapnya! Dari sekeping, capai lagi sekeping… sejeping lagi… sudahnya sekejap-sekejap dok capai balang, mengulang keropok labu. Krup krap krup krap krup krap! Addictive sungguh! 🤣
Keropok Labu Vs Kerepek Labu
Saya memang penggemar labu. Selain labu goreng, roti labu, cucur labu dan keropok labu, kerepek labu pun saya suka.
Ada beza ke antara keropok dengan kerepek labu?
Kalau keropok labu, labu yang telah direbus digaul bersama tepung membentuk adunan keropok yang kemudiannya diproses, dibentuk dan dipotong keping-keping. Apabila digoreng, kepingan-kepingan ini akan mengembang seperti keropok-keropok lain yang biasa kita makan tu.
Kerepek pula, buah labu tu sendiri dihiris nipis-nipis, dicelup dengan saduran bater cair lalu digoreng. Macam kerepek pisang Bandung. Boleh bayangkan tak?
Dua-dua rangup tetapi tekstur berbeza. Dua-dua saya suka!
Sudah alang-alang cerita tentang keropok dan kerepek ni, kongsilah sikit… korang suka kerepek atau keropok apa. Tengah tulis entri ni, tiba-tiba saya terfikir kerepek sukun pula.
Kalau tak cakap namanya memang saya ingat keropok dhal dah tu. Rare betul ada keropok labu. Kerepek labu tu pernah lah nampak juga. Betul-betul pencinta labu ni kak Farrah. Saya pun suka labu, kalau jumpa bolehlah cuba beli dan rasa.
BalasPadamSama, kan? Akak masa first time rasa keropok labu pun confused… orang yang offer akak tu nak scam akak ke hahahaah
PadamKalau jumpa, Fizah kena try. Boleh layannnn.
Tak pernah makan keropok / kerepek labu. Nanti nak cari la macam menarik.
BalasPadamMudah-mudahan ada rezeki Cie jumpa dan makan keropok labu dalam masa terdekat ni.
PadamNampak sedap .. CCL tak pernah makan keropok labu ..kalau kerepek labu pernah sekali ..sedap juga officemate bagi rasa
BalasPadamSedap, kan… sebab rasanya manis-manis manja gitu 😊
Padammummy_ayu
4 September 2024 pada 8:22 PGx pernah plak jumpa or rasa keropok labu...keropok kacang dall..mcm pernah dengar jugak
BalasPadamSukaaaa sangat kerupuk ini. Memang manis manja sikiit rasanya. Sedaap.
BalasPadamSaya memang penyuka kerupuk kak. Makan tak lengkap tanpa kerupuk 😄.
Fav saya dah pasti kerupuk ikan palembang, lalu kerupuk udang Surabaya. Sedaaap. 🤤🤤
Yes, kita satu geng! Akak juga penggemar kerupuk Fanny. Nanti kapan datang ke KL, kita bisa ketemu, ngopi bareng sambil makan kerupuk 😁
Padam1st time dgr keropok labu..menarik nmpk
BalasPadamNanti kalau jumpa di mana-mana, kena cuba tau.
Padamx penah jumpa lg keropok labu ni. tp kalau jumpa nnt sy beli nak rasa juga
BalasPadam