Labu Goreng

Rabu, Februari 17, 2021

Ingat lagi tak sebelum ini saya ada cerita yang saya teruja beli labu bersaiz besar untuk dibuat masak? Selain buat gulai labu, cucur labu, kopi labu (nanti saya kongsi resepi), saya juga sediakan labu goreng untuk minum petang. Cara penyediaan memang mudah. Rasanya sedap, rangup di luar, lembut manis di dalam. 

Jom tengok resepi!


Resepi Labu Goreng

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/4 - 1/2 biji labu manis (bergantung kepada saiz, dikupas kulit dan dihiris nipis)
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya 
  • minyak masak secukupnya untuk menggoreng jeluk (deep fry)


Langkah-langkah penyediaan:

  1. Campurkan tepung, serbuk penaik, serbuk kunyit dan garam. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga membentuk bater yang tidak terlalu pekat dan tidak juga terlalu cair.
  2. Panaskan kuali dan minyak masak. Celup hirisan labu ke dalam bater dan goreng selama beberapa minit sehingga gorengan bertukar kekuningan. Jangan lupa balik-balikkan labu agar gorengan sekata.
  3. Angkat. Tus minyak dan sedia untuk dihidangkan.

Mudah, bukan? Sebenarnya tak perlu ikut sangat sukatan di atas. Jika kalian ada resepi sendiri untuk bancuhan bater atau hendak guna tepung goreng yang sedia ada di pasaran, terserah selera. Cuma pastikan minyak betul-betul panas semasa menggoreng kerana kita tidak mahu labu tu serap minyak berlebihan pula.


Inginkan kelainan? Boleh cuba labu goreng bersalut serbuk roti. Resepi labu goreng versi ini boleh disediakan menggunakan air fryer.


Resepi Labu Goreng Bersalut Serbuk Roti

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/4 - 1/2 biji labu manis (bergantung kepada saiz, dikupas kulit dan dihiris nipis)
  • 1 - 2 biji telur
  • 1 - 2 sudu besar tepung gandum
  • garam secukup rasa
  • serbuk roti secukupnya
  • minyak masak secukupnya untuk menggoreng jeluk (deep fry)

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Pecahkan telur. Pukul sedikit telur (sehingga kuning dan putihnya bersatu) bersama tepung dan garam. 
  2. Celupkan hirisan labu ke dalam bancuhan telur dan tepung, kemudian salut sekata dengan serbuk roti. Ulang proses sehingga habis.
  3. Goreng sehingga hirisan labu bertukar kekuningan. Jika menggunakan air fryer, masak pada suhu 180 darjah celcius dan laraskan masa mengikut air fryer masing-masing.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!


35 ulasan

  1. Sedap ni adunan ada tepung beras.

    BalasPadam
  2. pernah beli tempura labu kt Aeon..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu memang favourite saya, kak! Tak cukup satu potong hehhe

      Padam
  3. sedapnyaaa labu! selalu buat bengka saja

    BalasPadam
  4. Aduh.. Sedapnya terus terbayang rangup tepung tu.

    BalasPadam
  5. Selalu gulai. Nanti boleh goreng apabila teringat semula. Tq.

    BalasPadam
  6. Macam sedap je. Selalu buat masak lemak, cekodok labu dengan bubur labu. Tak pernah lagu buat labu goreng. Boleh try ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti apabila ada kesempatan, bolehlah cuba 😊

      Padam
  7. perhhhhh! ii masak lemak labu pon sodap! goreng pon udah tentu sodapppp hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ana suka labu, memang patut try labu goreng ni 😊

      Padam
  8. Sis x bleh makan labu dan menu labu mmg sgt jarang masuk rumah...x pernah plak dengar labu goreng..menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, SA tak boleh makan labu ya... kadang2 ada orang goreng guna tepung tempura juga 😊

      Padam
  9. makan tea time ni sedap ni dgn air teh o :)

    BalasPadam
  10. Sha tak makan labu tapi bila tengok akak goreng macam nie, macam sedap je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap, Sha. Tapi kalau macam Sha tak makan labu, tak boleh recommend la 😊

      Padam
  11. Asal ada tepung beras je, konpem rangup. Tak pernah try lagi makan labu goreng. Hehe. Good idea ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti boleh cuba tau. Rangup krup krap 😊

      Padam
  12. biasa mkn labu goreng kalo dkt aeon tu ala2 tempura..kalo masakan lemak labu suka juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, yg tempura labu kat aeon tu memang dap dap dap!

      Padam
  13. lps ni nk bli brg. bolehlah try bli labu nnt��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat beli labu. Selamat goreng labu. Makan labu ingat kat saya dan Yuri 😊

      Padam
  14. Thanks bagi resipi Farrah. Selalu tengok street food korean. Ni boleh cuba sendiri...👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure, Aiedah. Nanti ada peluang cubalah buat labu goreng ni ya.

      Padam
  15. Tak pernah cuba lagi labu goreng. Nanti boleh cuba sebab suka gak labu. Thanks share resepi dan idea :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, penggemar labu kena cuba buat ni at least sekali hehehe

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.