Pergi beli barang dapur baru-baru ini, nampak labu kuning besar-besar, tergoda saya dibuatnya. Isi labu dengan warna yang cantik memang memanggil-manggil. Saya pun apa lagi, terus beli setengah biji yang bersaiz besar. Semangat betul labunya. Terjegil jugalah mata Bott tengok saya terkedek-kedek bawa labu besar dengan senyum lebar. Macam-macam dah terbayang kat kepala ni - gulai labu, cucur labu, kopi labu ... Paling penting, digulaikan dahulu.
Inilah rupa gulai lemak labu saya. Lebih tepat lagi gulai lemak labu cili api heheheh. Saya dan kepedasan mana mungkin berpisah! Jom intai resepi gulai lemak labu kuning di bawah.
Resepi Mudah Gulai Lemak Labu
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Potongan labu secukupnya (dalam 1/4 hingga 1/2 biji bergantung kepada saiz labu.) Kupas kulit dan kemudian potong kepada ketulan kecil.
- 3 biji bawang merah, ditumbuk kasar
- 2 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
- Sejemput kecil ikan bilis (lebih kurang 10 - 15 ekor) ditumbuk kasar. Jika ingin guna udang kering pun tiada masalah. Ikut cita rasa masing-masing ya.
- 1 kotak santan. Saya guna santan M&S Kurang Lemak (kotak biru.)
- sedikit serbuk kunyit. Jika ingin guna kunyit hidup dalam 2 - 2.5 cm.
- 1 helai daun kunyit, dicarik dan disimpul
- 2 cawan air
- Garam secukup rasa.
- Didihkan air. Kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis yang telah ditumbuk kasar.
- Seterusnya, masukkan santan, sedikit serbuk kunyit dan biarkan sehingga mendidih. Jangan lupa untuk kacau kuah dari masa ke masa.
- Setelah itu, barulah dimasukkan potongan-potongan labu dan daun kunyit. Biar seketika buat beberapa minit sehingga labu lembut. Tidak perlu menunggu lama kerana labu memang cepat empuk.
- Perasakan dengan garam.
- Sedia untuk dihidangkan.
Suka bingka labu.
BalasPadamMasak lemak labu pun suka.
Pernah makan sira labu ma buat. Rindunya masakan ma.. Huhuhu
BalasPadamSuka masak lemak labu. manis-manis berlemak. Tambah pula dengan pucuk paku. Sedap!
BalasPadamSama pula labu masak lemak dengan Kak Amie. Kakak masak labu campur ikan masin.
BalasPadamSedapnya masak lemak labu.. bingka labu pun sedap.. sira labu lagi lah sedap.. ms anak² kecik dulu suka bg mereka mkn bubur campur labu lenyek
BalasPadamWalaupun saya tak makan lagu tapi saya suka gulai labu.. hehehe.. saya amik kuahnya je kak..Manis campur lemak, makan pula dengan sambal atau ikan goreng.. pergh!!
BalasPadamTeringin nak rasa labu goreng. Boleh bayangkan tu dia rangup di luar lembut di dalam
BalasPadamperangai sy kalau mkn apa2 je masak lemak termsk laa lauk ni mesti ada ikan masin goreng... barulah mkn bertambah2 hehehe
BalasPadamFavourite saya ni. Kadang suka ratah je :) Ada pedas pedas sikit baru sedap kan kak.
BalasPadam