Mula-mula dengar lagu Bangkit Semula ni dulu, rasa macam tak best sangat. Saya lebih gemar lagu Durja lagi. Sekali bila dah terdengar banyak-banyak kali, eh boleh layan pula. Lirik sedap penuh makna. Makanya, lagu-lagu yang boleh buat hibur hati ini kenalah dibawa berdendang sama si Kapok.
Kord gitar mudah. Cuma ada Bm. Bagi yang tak biasa dengan Bm tu, boleh cuba Bm seperti rajah di bawah ni ye. Selamat Bangkit Semula!
Kord Gitar dan Lirik Lagu Khai Bahar - Bangkit Semula (Easy Chords)
(Intro)
Am Dm F E
Am Dm
Langit nan cerah terang cahaya
G C
sejuk terasa tenang bahagia
F Dm
sinar mentari kian menjelma
Bm E
tanda ceria ku gembira
(*)
Am Dm
Tuhan mengapa sembunyikan mentari
G C
datang ribut yang melanda tanpa henti
F Bm
rupanya betapa indah sang pelangi
E
yang mengganti
Am Dm
Terukir indah lukisan jiwa
G C
menjejak rasa hati bergema
F Dm
menyelam kata penuh bermakna
Bm E
adakah kekal selamanya
(**)
Am Dm
Engkau berjuang menahan, oh derita
G C
redupkan duka yang semakin gelora
F Bm
tangan yang menghulur di biar rahsia
E
kerananya
F Dm F E
F Am G Bm E
Ulang (*) dan (**)
jarang update lagu baru ni. nanti nak dengar :)
BalasPadamTeringin nk dgr farrah beraksi dgn si kapok
BalasPadamPernah dengar sekali je kot lagu ini.. nicelah.. bagaimana agaknya kalu dengar petikan gitar kak farah.. :)
BalasPadammcm ditujukan ke seseorg je lagu ni ;-)
BalasPadam