Roti Puri Kari Kawww

Sabtu, Januari 30, 2021

Ini hidangan sarapan saya dan Bott beberapa hari lepas. Roti puri dan kuah kari pekat. Kebetulan, hari sebelumnya masak lauk kari dan masih banyak berbaki. Jadi, saya buatlah roti puri untuk makan pagi. Sengaja buat saiz comel-comel begini. Biasanya saya buat roti puri guna tepung gandum biasa. Tetapi, kali ini saya pakai tepung atta.

Roti puri mini digandingkan dengan kari pekat tanpa santan. Yummeh! Lawan pula dengan kopi panas. Memang heaven! OK, jom tengok resepi.


Resepi Mudah Roti Puri 

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 cawan tepung atta
  • 1 sudu teh gula
  • secubit garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh susu tepung (optional)
  • Air masak secukupnya untuk membentuk doh (lebih kurang dalam 3/4 cawan air). Ada sesetengah resepi roti puri yang saran guna air panas atau air suam. Saya guna air suhu bilik sahaja.

Langkah-langkah penyediaan:
  1. Masukkan tepung atta, gula, susu tepung, garam dan minyak ke dalam sebuah mangkuk. Gaul sekata. 
  2. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit dan uli tepung sehingga menjadi doh yang licin dan tidak melekat di tangan.
  3. Tutup mangkuk berisi doh dengan sehelai kain lembap. Rehatkan doh selama 10 - 15 minit.
  4. Bentuk doh menjadi bebola kecil (saiz bebola terpulang pada anda). Untuk roti puri mini ini saya buat sekitar 30gram setiap satu. Buat sehingga habis dan rehatkan lagi dalam 10 - 15 minit.
  5. Kemudian, guna rolling pin untuk leperkan doh sehingga menjadi nipis. Bagi elakkan doh melekat, bolehlah titiskan beberapa titis minyak masak atas permukaan tempat kita menguli tu. Setelah doh diuli, taburkan sedikit tepung di atas permukaan doh supaya apabila ditindan, tidak akan melekat antara satu sama lain. Ulang proses sehingga habis.
  6. Panaskan minyak. Goreng dalam minyak yang panas sehingga doh mengembung. Siram-siramkan minyak pada roti yang digoreng dan balik-balikkan roti agar sekata gorengannya.
  7. Angkat apabila roti bertukar warna kuning kecoklatan.


Roti puri ini sedap dinikmati bersama kari atau gulai, sambal ikan bilis, sambal sardin, kaya, gula atau susu pekat. Apa sahaja terserah selera. Saya bab menggelek doh roti memang agak fail. Tak betul-betul jadi bulat. Itu yang apabila digoreng kebanyakannya mirip rupa paras dinosaur kembung je. Itu tak ada hal. Asal roti kembung, sedap dimakan, jadilah!

Selamat mencuba!




19 ulasan

  1. roti puri cicah dgn sambal bilis atau sardin, sedap ni :)

    BalasPadam
  2. Cantiknya kejadian roti puri. Walaupun tak bulat tapi kembung lawa.
    Memang sedap cecah kari, sambal ikan bilis pun ok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya fail bab uli jadi bulat ni, kak. Target biar kembung je... Tu dah cukup happy!

      Padam
  3. Sedap ni cicah kari.. comel kejadian roti puri farrah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni namanya roti puri assorted shapes, kakmim hahaha dia tak pandai jadi bulat, tapi kembung tu ada 😂

      Padam
  4. Asal sedap. Jarang pula makan roti puri.

    BalasPadam
  5. salam januari 2021 kak farah ! terasa lamanya tak ke sini. adehhh terus lapar ha tengok roti puri hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Februari 2021! Terima kasih kerana sudi berkunjung ke mari. Lama kita tak berinteraksi, kan?

      Padam
  6. Cantiknya roti puri akak mengembang.. Sedap betul bergandingan dengan kari dan kopi..

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Alhamdulillah, bolehlah untuk tekak akak, Cik TK 😊

      Padam
  8. Kembung takpe, jangan leper. Tak puri la namanya

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. Meh datang sini meh. Panjang bunyi lapar tu 😊

      Padam
  10. Memang mabeles roti puri cicah gulai atau kari. Lama tak buat.huhu

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.