Kau Semanis Medovik

Isnin, Februari 01, 2021

 


Kau 

ibarat sepotong Medovik

manis dan hangatmu

membentuk lapisan memori indah

yang acap kali menakluk mimpiku.


Assalamu’alaikum w.b.t 😊

Saja je entri pertama untuk bulan Februari ini tayang benda manis-manis. Semoga hari-hari mendatang yang bakal kita lalui indah dan manis belaka. Kek medovik ini gambar hujung tahun lepas. Titipan adik ipar saya. 

Medovik atau Russian honey cake merupakan antara kek kegemaran saya. Saya pernah berpeluang merasa kek yang asli, autentik dari sana. Sedap sangat! Masa tu medovik demamnya belum sampai ke negara kita. Makan pun jimat-jimat. Konon menghargai setiap suapan. 😅

Sekarang, kalau teringin, carilah mana-mana baker kat sini yang boleh buat. Macam-macam olahan ada. Bagi saya, tak ada masalah untuk olah agar kena dengan selera tempatan. Asalkan jangan terlampau manis rasanya sudah. Kek ini sedap apabila semua bahan just nice. Baik madu mahupun susu pekat, tak sesuai kalau salah satu rasa overpowering yang satu lagi.


FEBRUARI

Bab ke-2 untuk buku 2021. Tak sangka, sudah setahun kita berdepan dengan ancaman wabak Covid-19. Banyak kebiasaan lama yang terpaksa ditinggalkan. Banyak perkara baru yang perlu diterima pakai dalam kehidupan seharian. Moga kita semua terus kuat, terus semangat untuk perangi wabak ini bersama-sama.

Bulan 2 bulan istimewa untuk saya. Bulan ‘buat baik ada udang sebalik batu’ dengan insan-insan tersayang hahahah 

Boleh lobi hadiah extra sebab tak dapat berkumpul celebrate sama-sama.

Januari saya pada dasarnya berlalu tenang, perlahan dan ambil dasar tengok keadaan heheheh. Jadi, bulan ni kena panas enjin, start struggle bersilat dengan kerja 😊 Misi  Februari nak betul-betul produktif. No more bersenang-lenang buat kerja ikut mood.

Apa pun, saya doakan yang terbaik untuk kalian juga. Stay safe. Stay healthy. 







13 ulasan

  1. Harijafi bulan Februari rupanya. Hehe. Harap manis-manis belaka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya 😊 Thanks so much, NA! Moga semuanya semanis medovik.

      Padam
  2. Balasan
    1. Sorry buat Shida teringin. Nanti cuba cari ye... saya nak buatkan saya tahu makan je 😂

      Padam
  3. Tak pernah cuba lagi.. Tapi bila rasanya compliment each other memang bestlah nak makan..
    Bulan Februari saya bermula dengan agak hectic.. hehehe

    BalasPadam
  4. Wah tak pernah makan lagi! Nampak sedap!!

    Bulan ni birthday ek? Happy birthday in advance kak farrah!!

    BalasPadam
  5. Wah.. Mulakan entry dengan pikap lain. For most people januari memang bulan trial kan. Nak amik mood. Februari tak boleh malas dah. Nak tunggu covid habis memang tak tau bila so gerak je usahakan apa yang kita nak

    BalasPadam
  6. dah pernah rasa kek ni...tp bagi tekak sy manis sgt... tak tau laa kek yg asli mmg manis melenting atau sblk nya hahahah

    BalasPadam
  7. X penah rasa lg.. x penah tgk org jual kek ni

    BalasPadam
  8. Happy Februari..Tak pernah tahu Russian honey cake ni. Kek authentic ni selalu sedap lagi.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.