Kek dalam Mug Rendah Kalori Lakanto

Jumaat, Februari 19, 2021

Hari ini saya akan kongsi resepi kek dalam mug yang rendah kalori (jadi, kurang rasa bersalah untuk nikmati satu mug tu hingga habis 😂) menggunakan gula Lakanto. Seperti biasa, apabila teringin something sweet dan tiada apa-apa yang boleh dimakan, saya memang akan resort pada kek dalam mug. 

Lakanto ini merupakan alternatif kepada gula dalam bentuk erythritol yang diperbuat daripada monk fruit. Saya bukan pengguna tegar Lakanto. Alang-alang dah ada, saya gunalah. Rasanya kawan Cekebon yang beri Lakanto ini atau Cekengah beli. Tapi, mereka tak guna. Makanya, jadilah rezeki saya. Dalam keluarga ni macam ada unwritten rule tau - Apa-apa benda yang tak nak, tak makan, tak guna ... bagi Along.  Pass kat Along atau tunggu Along datang, tahulah dia  hendak buat apa. 😎

Untuk hasilkan resepi kek coklat rendah kalori dalam mug yang ini, kalian juga boleh menggunakan sumber gula yang lain seperti sirap mapel, madu atau stevia. Pandai-pandailah agak banyak mana yang hendak digunakan. Apa yang penting, didik tunas rasa supaya tidak biasakan diri makan manis-manis sangat.

Kali pertama buat, mungkin kek dalam mug kalian tidak akan betul-betul menepati selera. Yalah, banyak mana gula yang diletak, jenis tepung dan serbuk koko yang diguna, ada coklat cip atau tidak, semua itu mainkan peranan. Jadi, nanti adjustlah apa yang patut sesuai cita rasa.


Resepi Kek Coklat dalam Mug Rendah Kalori Lakanto


Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 sudu besar tepung. Saya gunakan tepung kelapa. Boleh sahaja gunakan tepung gandum biasa.
  • sachet Lakanto atau 2 sudu kecil - 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar serbuk koko (Sebolehnya guna unsweetened atau dutch processed.)
  • 1/4 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu besar minyak sayuran
  • 1/4 sudu teh esen vanila
  • 3 sudu besar susu
  • 1 sudu besar coklat cip atau mentega kacang


Langkah-langkah penyediaan:


  1. Masukkan tepung, serbuk koko, Lakanto dan serbuk penaik ke dalam sebuah mug dan kacau sehingga sekata.
  2. Seterusnya, masukkan minyak sayuran, esen vanila dan susu.  Kacau sehingga membentuk adunan kek yang sebati. 
  3. Akhir sekali, jika hendak masukkan coklat cip, taburkan coklat cip ke atas adunan. Kacau sedikit sahaja. Jika hendak gunakan mentega kacang, masukkan (benamkan) mentega kacang ke dalam adunan. 
  4. Bakar dalam ketuhar gelombang mikro selama 1 hingga 1 setengah minit, bergantung kepada ketuhar masing-masing. Ketuhar saya 1000w memang ambil masa ngam-ngam 1 minit. Jika 800w, lebihkan ke 1 minit 15 saat atau 30 saat. Jika watt lebih tinggi, kurangkan masa memasak.

Selamat mencuba!

Pstt! Nak tengok resepi kek dalam mug yang lain? Intai di sini.

26 ulasan

  1. wah senangnya. buat utk seorg makan. hehe

    BalasPadam
  2. Nanti bolehlah cuba kalau teringin makan kek. Lagipun cepat buat guna ketuhar mikro. Tukar guna madu. Tq.

    BalasPadam
  3. First time dengar pasal Lakanto. Gitulah tanggungjawab kakak, mambantu elak pembaziran makanan. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah Sal yang amat memahami. Jadi kakak, kena bendung pemborosan adik-adik 😂🤣

      Padam
  4. Senang je nak buatnya,tp SA ni takde bakat baking la..kelaut dalam jadinya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak de bakat baking tak pe, SA hebat bab masak-memasak 😊

      Padam
  5. i did this too ,kalau dah malas sngt nak kuar pegi beli apa2.. masok jer dlm microwave heheh

    BalasPadam
  6. wah menarik nii kak. confirmmm dappp ni ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, merasalah anak tekak ni dimanja-manja sekejap hahah

      Padam
  7. tak pernah tahu pun pasal lakanto ni. macam senang je resepi kek coklat dalam cawan ni. thanks for sharing :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure. Nanti ada kesempatan cubalah ye 😊

      Padam
  8. Nampak menarik dan mudah. Boleh cuba ni time kemaruk nak makan benda2 manis sesuai lah sangat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba, Aiedah! Selamat memanjakan tunas rasa! 😊

      Padam
  9. Menariknya! Dapat berkenalan dengan Lakanto di sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berkenalan dengan Lakanto, kak! 😊

      Padam
  10. daripada membazir kan baik buat sesuatu yg sedap ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. dan cara paling betul adalah beri sy sesuap eh ehhh ;-)

      Padam
    2. Meh sini meh. Saya suapkan alololo meh sini suap meh...

      Padam
  11. rendah kalori boleh cuba buat ni.. hehe nanti bising doc kalau mkn manis2 kerap sgt

    BalasPadam
  12. Lakanto.. Gigih Sha google kak.. first time dengar.. hehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.