Memaparkan catatan dengan label Resepi dalam Mug. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi dalam Mug. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 19, 2021

Kek dalam Mug Rendah Kalori Lakanto

Hari ini saya akan kongsi resepi kek dalam mug yang rendah kalori (jadi, kurang rasa bersalah untuk nikmati satu mug tu hingga habis 😂) menggunakan gula Lakanto. Seperti biasa, apabila teringin something sweet dan tiada apa-apa yang boleh dimakan, saya memang akan resort pada kek dalam mug. 

Lakanto ini merupakan alternatif kepada gula dalam bentuk erythritol yang diperbuat daripada monk fruit. Saya bukan pengguna tegar Lakanto. Alang-alang dah ada, saya gunalah. Rasanya kawan Cekebon yang beri Lakanto ini atau Cekengah beli. Tapi, mereka tak guna. Makanya, jadilah rezeki saya. Dalam keluarga ni macam ada unwritten rule tau - Apa-apa benda yang tak nak, tak makan, tak guna ... bagi Along.  Pass kat Along atau tunggu Along datang, tahulah dia  hendak buat apa. 😎

Untuk hasilkan resepi kek coklat rendah kalori dalam mug yang ini, kalian juga boleh menggunakan sumber gula yang lain seperti sirap mapel, madu atau stevia. Pandai-pandailah agak banyak mana yang hendak digunakan. Apa yang penting, didik tunas rasa supaya tidak biasakan diri makan manis-manis sangat.

Kali pertama buat, mungkin kek dalam mug kalian tidak akan betul-betul menepati selera. Yalah, banyak mana gula yang diletak, jenis tepung dan serbuk koko yang diguna, ada coklat cip atau tidak, semua itu mainkan peranan. Jadi, nanti adjustlah apa yang patut sesuai cita rasa.


Resepi Kek Coklat dalam Mug Rendah Kalori Lakanto


Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 sudu besar tepung. Saya gunakan tepung kelapa. Boleh sahaja gunakan tepung gandum biasa.
  • sachet Lakanto atau 2 sudu kecil - 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar serbuk koko (Sebolehnya guna unsweetened atau dutch processed.)
  • 1/4 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu besar minyak sayuran
  • 1/4 sudu teh esen vanila
  • 3 sudu besar susu
  • 1 sudu besar coklat cip atau mentega kacang


Langkah-langkah penyediaan:


  1. Masukkan tepung, serbuk koko, Lakanto dan serbuk penaik ke dalam sebuah mug dan kacau sehingga sekata.
  2. Seterusnya, masukkan minyak sayuran, esen vanila dan susu.  Kacau sehingga membentuk adunan kek yang sebati. 
  3. Akhir sekali, jika hendak masukkan coklat cip, taburkan coklat cip ke atas adunan. Kacau sedikit sahaja. Jika hendak gunakan mentega kacang, masukkan (benamkan) mentega kacang ke dalam adunan. 
  4. Bakar dalam ketuhar gelombang mikro selama 1 hingga 1 setengah minit, bergantung kepada ketuhar masing-masing. Ketuhar saya 1000w memang ambil masa ngam-ngam 1 minit. Jika 800w, lebihkan ke 1 minit 15 saat atau 30 saat. Jika watt lebih tinggi, kurangkan masa memasak.

Selamat mencuba!

Pstt! Nak tengok resepi kek dalam mug yang lain? Intai di sini.

Selasa, September 29, 2020

Resepi Kek Epal dalam Mug

Kadangkala apabila datang rasa craving nak makan something sweet, saya akan pilih untuk buat kek dalam mug. Satu, sebab mudah. Guna bahan-bahan asas yang ada dalam dapur dan pantri sahaja. Kemudian, tidak perlu ambil masa yang lama untuk tunaikan permintaan anak tekak. Sekitar satu ke dua minit sahaja hajat dah tertunai.

Dua, jika setakat saya dan Bott nak makan, saya suka buat single serving begini. Sekali makan habis, dah sudah. Tak ada second or third helping. Sebab saya ini jenis yang akan mengulang makanan tu sampai habis selagi ada. Nanti tengah-tengah jogging manja keliling rumah untuk cukupkan tapak boleh pula detour pergi buka peti ais atau intai bawah tudung saji! Bayangkanlah jika saya buat kek dalam loyang, tak ke naya?! 

Sebelum ini saya pernah kongsi kek kurma dan kek lemon dalam mug. Kali ini, kek epal kayu manis pula ya. Beginilah rupa paras kek epal kayu manis dalam mug saya!