Hari ini saya akan kongsi resepi kek dalam mug yang rendah kalori (jadi, kurang rasa bersalah untuk nikmati satu mug tu hingga habis 😂) menggunakan gula Lakanto. Seperti biasa, apabila teringin something sweet dan tiada apa-apa yang boleh dimakan, saya memang akan resort pada kek dalam mug.
Lakanto ini merupakan alternatif kepada gula dalam bentuk erythritol yang diperbuat daripada monk fruit. Saya bukan pengguna tegar Lakanto. Alang-alang dah ada, saya gunalah. Rasanya kawan Cekebon yang beri Lakanto ini atau Cekengah beli. Tapi, mereka tak guna. Makanya, jadilah rezeki saya. Dalam keluarga ni macam ada unwritten rule tau - Apa-apa benda yang tak nak, tak makan, tak guna ... bagi Along. Pass kat Along atau tunggu Along datang, tahulah dia hendak buat apa. 😎
Untuk hasilkan resepi kek coklat rendah kalori dalam mug yang ini, kalian juga boleh menggunakan sumber gula yang lain seperti sirap mapel, madu atau stevia. Pandai-pandailah agak banyak mana yang hendak digunakan. Apa yang penting, didik tunas rasa supaya tidak biasakan diri makan manis-manis sangat.
Kali pertama buat, mungkin kek dalam mug kalian tidak akan betul-betul menepati selera. Yalah, banyak mana gula yang diletak, jenis tepung dan serbuk koko yang diguna, ada coklat cip atau tidak, semua itu mainkan peranan. Jadi, nanti adjustlah apa yang patut sesuai cita rasa.
Resepi Kek Coklat dalam Mug Rendah Kalori Lakanto
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 2 sudu besar tepung. Saya gunakan tepung kelapa. Boleh sahaja gunakan tepung gandum biasa.
- 2 sachet Lakanto atau 2 sudu kecil - 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar serbuk koko (Sebolehnya guna unsweetened atau dutch processed.)
- 1/4 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu besar minyak sayuran
- 1/4 sudu teh esen vanila
- 3 sudu besar susu
- 1 sudu besar coklat cip atau mentega kacang
- Masukkan tepung, serbuk koko, Lakanto dan serbuk penaik ke dalam sebuah mug dan kacau sehingga sekata.
- Seterusnya, masukkan minyak sayuran, esen vanila dan susu. Kacau sehingga membentuk adunan kek yang sebati.
- Akhir sekali, jika hendak masukkan coklat cip, taburkan coklat cip ke atas adunan. Kacau sedikit sahaja. Jika hendak gunakan mentega kacang, masukkan (benamkan) mentega kacang ke dalam adunan.
- Bakar dalam ketuhar gelombang mikro selama 1 hingga 1 setengah minit, bergantung kepada ketuhar masing-masing. Ketuhar saya 1000w memang ambil masa ngam-ngam 1 minit. Jika 800w, lebihkan ke 1 minit 15 saat atau 30 saat. Jika watt lebih tinggi, kurangkan masa memasak.
wah senangnya. buat utk seorg makan. hehe
BalasPadamMemang senang utk treat for one 😊
PadamNanti bolehlah cuba kalau teringin makan kek. Lagipun cepat buat guna ketuhar mikro. Tukar guna madu. Tq.
BalasPadamYes, guna madu pun boleh.
PadamFirst time dengar pasal Lakanto. Gitulah tanggungjawab kakak, mambantu elak pembaziran makanan. Hehe
BalasPadamHahahah Sal yang amat memahami. Jadi kakak, kena bendung pemborosan adik-adik 😂🤣
PadamSenang je nak buatnya,tp SA ni takde bakat baking la..kelaut dalam jadinya..
BalasPadamTak de bakat baking tak pe, SA hebat bab masak-memasak 😊
Padami did this too ,kalau dah malas sngt nak kuar pegi beli apa2.. masok jer dlm microwave heheh
BalasPadamSenang, kan? Tahu-tahu ting! Siap!
Padamsedappp tuu
BalasPadamAlhamdulillah, memang dap dap dap!
Padamwah menarik nii kak. confirmmm dappp ni ;)
BalasPadamAlhamdulillah, merasalah anak tekak ni dimanja-manja sekejap hahah
Padamtak pernah tahu pun pasal lakanto ni. macam senang je resepi kek coklat dalam cawan ni. thanks for sharing :)
BalasPadamMy pleasure. Nanti ada kesempatan cubalah ye 😊
PadamNampak menarik dan mudah. Boleh cuba ni time kemaruk nak makan benda2 manis sesuai lah sangat :)
BalasPadamSelamat mencuba, Aiedah! Selamat memanjakan tunas rasa! 😊
PadamMenariknya! Dapat berkenalan dengan Lakanto di sini.
BalasPadamSelamat berkenalan dengan Lakanto, kak! 😊
Padamdaripada membazir kan baik buat sesuatu yg sedap ;-)
BalasPadamBetul betul betul!
Padamdan cara paling betul adalah beri sy sesuap eh ehhh ;-)
PadamMeh sini meh. Saya suapkan alololo meh sini suap meh...
Padamrendah kalori boleh cuba buat ni.. hehe nanti bising doc kalau mkn manis2 kerap sgt
BalasPadamLakanto.. Gigih Sha google kak.. first time dengar.. hehehe
BalasPadam