Salam 1 Ramadan!
Hari ini saya ingin berkongsi beberapa resepi menggunakan puff pastry yang sedap dan mudah disedikan. Semalam saya mengemas peti sejuk dan peti dingin beku. Barulah perasan masih ada stok puff pastry yang belum digunakan. Dah lama saya tidak bake, mujurlah puff pastry masih elok belum sampai tarikh luputnya. Puff pastry ini memang antara benda yang saya akan beli secara berkala dan pastikan ada dalam inventori barang-barang dapur. Bukan apa, kalau tiba-tiba rasa craving nak makan pastri atau something sweet, buntu tak ada idea untuk buat hidangan minum petang ... bolehlah diusahakan sesuatu dengan adanya puff pastry.
Di pasaran ada macam-macam bentuk dan jenis puff pastry - jenis square, jenis gulung ... yang jenis blok pun ada. Boleh dapatkan di pasar raya atau kedai yang menjual bahan kek. Saya biasa beli jenama Kawan yang dalam bentuk empat segi kecil. Mudah, dah siap potong. Senang nak buat tuna puff atau sardine puff. Kalau nak buat pai atau cinnamon rolls baru beli yang jenis gulung.
Alang-alang dah ada puff pastry, gali baliklah menu-menu ringkas guna puff pastry yang saya buat dahulu. Lagipun, sekarang saya sibuk merangka menu sahur dan berbuka untuk minggu pertama Ramadan. Kena plan betul-betul guna bahan apa yang ada di rumah. Kalau boleh nak elak kena keluar rumah untuk beli barang.
Di bawah ini, saya kongsi semula beberapa menu ringkas dan sedap guna puff pastry. Bolehlah dijadikan hidangan pencuci mulut atau moreh untuk bulan Ramadan. Klik sahaja pada gambar yang berkenaan untuk ke entri resepi. Selain menggunakan ketuhar pembakar (oven) biasa, resepi-resepi di bawah juga boleh disediakan dengan menggunakan air fryer.
Cheese Puff
|
Cheese Puff |
Penggemar keju pasti tidak akan tolak
cheese puff ini. Sangat mudah untuk disediakan. Secara asasnya, hanya perlukan pastry puff dan keju. Rasanya yummy yumm! Bagi penggemar keju, setakat makan seketul dua memang tak akan cukuplah!
Kouign - Amann
|
Kouign-Amann dinikmati dengan secangkir kopi. |
Kouign-Amann sebenarnya sejenis kek manis dari Perancis yang kaya dengan mentega dan gula. Resepi saya ni versi yang sudah dipermudah (simplified version). Jika tidak suka pencuci mulut yang terlalu manis, kalian bebas untuk ubah sukatan gula ikut cita rasa.
Selain cheese puff dan kouign-amann di atas, ada dua lagi resepi menarik yang kalian boleh cuba.
Banana Puff with Cinnamon
|
Banana Puff |
Kombinasi puff pastry, pisang dan kayu manis memang terbaik! Saya tidak akan tolak hidangan ini. Lazimnya, saya akan lebihkan serbuk kayu manis. Semerbak aroma puff memenuhi ruang dapur ketika dibakar. Saya juga akan buat inti pisang lebih sedikit untuk drizzle atas puff yang sudah siap dibakar.
Mini Pineapple Puff
|
Pineapple Puff |
Ini lebih kurang sama dengan pai McD tetapi isinya di atas permukaan puff. Apabila dibakar, gula dan potongan buah telah caramelized memang sedap sangat! Kadang-kadang, jika tiada nanas, saya gunakan hirisan epal hijau. Pun sedap! Janji rasa masam-masam tu ada.
Rasa-rasanya ada tak antara dessert di atas yang menambat selera kalian? Selamat mencuba!