Kek Coklat Tanpa Tepung | The Bread Bar

Selasa, September 17, 2024

Assalamualaikum.

Selamat Hari Selasa! Selamat memulakan minggu baharu setelah cuti hujung minggu yang panjang. Harap keraian Hari Malaysia dan Maulud Nabi kalian telah dimanfaatkan sebaiknya.

Masih terbawa-bawa mood cuti, hari saya dimulakan dengan makan kek coklat! Layan selera tekak yang tiba-tiba mahukan dessert sebagai sarapan. Lagipun, jika sudah singgah di The Bread Bar, sukar menahan godaan Flourless Chocolate Cake yang memanggil-manggil dari bar roti dan pastri.

Inilah kek coklat tanpa tepung yang saya maksudkan. 😊

Flourless Chocolate Cake

Sepotong kek coklat mewah ini akan dipanaskan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada kita. Bayangkanlah, sewaktu kek ini sampai ke meja, semerbak aromanya menyapa deria. Asyiknya!

Sebaik sahaja satu suapan masuk ke mulut, kita akan lupa diri! 😂 Tekstur kek yang lembut, kaya rasa coklat,   dinikmati suam-suam… so comforting! Kek ini mengingatkan saya kepada Chocolate Lava Muffin Starb***s, but this is way better! Puas hatilah makan. 

Boleh baca entri lain saya mengenai The Bread Bar di sini:

Selesai makan kek, minum kopi, (kopi saya pagi ini kopi air kelapa - saya pernah tulis entri mengenainya di sini) dan beli roti sourdough untuk stok makan di rumah, barulah boleh mula melunaskan urusan-urusan untuk hari ini.

Okey, jumpa lagi nanti! Semoga hari kalian indah dan menyenangkan.


8 ulasan

  1. Mesti sedap dan lembut, elok untuk minum petang. Kena cuba ni.

    BalasPadam
  2. Wahh menariknya dengar explanation tu kak Farrah. Tak pernah lagi makan kek tanpa tepung. Best betul bau kek selepas dipanaskan tu.

    BalasPadam
  3. Ye, masih mood cuti² Malaysia. Penat pun x hilang lagi, kami antara penyumbang kesesakan luar biasa trafik kali ni :D
    Terasa kemewahan kek tu sampai ke sini hehe...

    BalasPadam
  4. saya dah terhidu bau sedap sampai siniiii😁

    BalasPadam
  5. Saya bisa bayangkan sedapnya... Teringat dengan lava cake buatan teman saya, yg kakk dipanaskan wanginya sampai kemana2 🤤😍😍😍. JD teringin pula makan cake coklat kan 😄

    BalasPadam
  6. Saya bisa bayangkan aromanya.. teringat pula lava cake buatan teman saya, yg kalo dipanaskan baunya tercium ke seisi rumah 😍.jadi teringin pula makan cake coklat skr 😄❤️

    BalasPadam
  7. Nampak sedap .. teringat pulak resepi viral satu ketika dulu .. CCL pernah cuba buat kek oreo tanpa tepung juga .. kisar biskut oreo letak susu full cream .. mujur jadi ..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.