eCaque Fruit Cake by Faridah Borham

Isnin, Februari 15, 2021

Penggemar-penggemar kek buah mari merapat! Hari ini saya hendak cerita tentang kek buah yang baru-baru ini saya makan. eCaque Fruit Cake by Faridah Borham. Cekengah yang belikan untuk saya. Alhamdulillah, merasalah makan kek buah. Kalau harapkan saya, dua tiga bulan ini saya on genjatan shopping online. Hahaha hanya barang perlu sahaja boleh beli. Kehendak atau benda yang simply teringin atau terliur, abaikan. Jika tidak, jari tu laju je tekan butan 'Add to Cart.' 😆 Lagi-lagi makanan dan barang kraf!

OK, berbalik kepada kek buah tadi. Dalam keluarga saya, semua memang suka kek buah. Jadi, apabila dapat makan kek buah yang betul-betul sedap, kena dengan selera memang gembira tak terkata. Senyum sampai telinga!

Inilah kek buah Faridah Borham yang saya maksudkan. Tengok pembungkusan je saya dah tergoda. Cantik! Sesuai untuk buat gift, dah cukup presentable. Dalam otak siap fikir, packaging boleh guna buat kad atau bookmark ni hehehe

Kek ini ada dua pilihan - biasa atau kurang manis. Cekengah beli setiap satu dan kemudian bahagi dua. Jadi, kami masing-masing berpeluanglah menikmati kedua-duanya dan bandingkan rasa. Jom tengok rupa paras kek pula!

Amacam? Terliur tak? Kek buah yang padat mewah dengan buah. Tak lokek. Tekstur pun cantik je. Tak berderai apabila dipotong. (Potong kek buah pakai serrated knife tau. Kalau pakai pisau biasa, tak cantik potongannya. Silap hari bulan hancur kek tu nanti.) Saya pernah makan kek buah yang mewah dengan buah-buahan keringnya tetapi apabila kita potong, jadi berderai. Ada juga yang buahnya mendap ke bawah. Kek yang ini - semua OK, cantik, just nice teksturnya.

Dari segi rasa, dua-dua sedap. Jika disuruh untuk memilih, saya gemar yang kurang manis. Itu pun dah cukup manis bagi saya. Tengoklah buah-buahnya banyak mana, kan? Enjoy sangat makan sambil lawan dengan air panas sampai tak sedar dah habis beberapa potong!

Pada pembungkusan, ada sedikit pengenalan tentang kek buah Faridah Borham. Guna barang-barang premium dan berkualiti tinggi. No wonder rasanya memang puas hati! Maklumat pemakanan pun of course ada. Jadi, bagi yang tengah berdiet atau jaga calorie intake, bolehlah agak-agak sendiri banyak mana yang boleh dimakan. Atau buat je lupa kira kalori macam saya? Kalori?Apa tu? 😂


OK, kalau berminat, gunalah kepakaran hujung jari untuk jejaki eCaque. Insya-Allah, kalian akan nikmatinya. Harga lupa pula nak tanya Cekengah tapi dia tak cengcong pun. Rasa-rasanya berbaloilah harga dengan produk yang ditawarkan. Ini review jujur saya tau. Saya tidak dibayar untuk puja-puji kek ini hahahah. Saja nak kongsi dengan kalian semua.


18 ulasan

  1. fuuu, sedapppppnyaaa kak:)
    da lama tak makan kek buah niii...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap, Nad. Nanti ada rezeki Nad cari ye... tu dah lama tak makan tu 😊

      Padam
  2. tengok gambar pun dah nampak sedap...
    sy bukanlah peminat kek buah. tp sejak terbaca satu artikel ni, sy teringin nak rasa kek buah buatan anak malaysia yg katanya jd hidangan kat istana Buckingham... dan jadi kek kegemaran putera charles... hehehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya.. ya... saya pun pernah terbaca tentang kek tu. 😊

      Padam
  3. Saya suka kek buah. Baru sahaja makan. Ada makcik buat jual.
    Memang asyik kan makan kek buah ini? Sepotong tidak cukup.

    BalasPadam
  4. sedapnyaa kek buah kukus ni.. berejamm kalau buat sendiri hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu memang. Akak memikirkan bab nak kukus berjam-jam tulah makanya tak pernah jadi nak cuba buat kek buah 😂

      Padam
  5. this is my guilty pleasure :( pantang nampakkkkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita... pantang nampak tu yang bahaya kan 😂

      Padam
  6. Pergh!! Puas hati tengok buah-buah dalam kek tu.. meriah gitu.. memang akan jadi kesukaan kepada peminat kek buah nie..

    BalasPadam
  7. ms kecik2 dulu kalau g kenduri kawen dlm door gift mesti ada kek ni. maklum shj la kuih ni kn boleh thn lama. then boleh buat bergotong royong

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rindu suasana kenduri dulu-dulu. Meriahnya lain macam 😊

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.