Khamis, Februari 08, 2024

Kerepek Ngaku

Assalamualaikum. Musim-musim raya Cina ni, merasalah kita nak makan kerepek ngaku (arrowhead root chips). Kalau tidak, memang agak sukar nak jumpa.

Siapa di sini penggemar kerepek ngaku? Kita geng. Selalunya setakat satu balang, saya boleh habiskan seorang. Orang lain tidak boleh ‘catu’ syer saya. 

Potongan kerepek yang nipis dan rangup, rasanya yang manis-manis manja dan berlemak, memang seronok buat snek kunyah-kunyah. Sekejap je boleh habis sebalang dek terlajak makan.

Kerepek ngaku 

Dahulu, saya rajin juga buat kerepek ni. Borong akar ngaku banyak-banyak di Tesco atau Econsave, kemudian bersilat di dapur goreng kerepek. Girang hati apabila dapat berbalang-balang kerepek ngaku. Puas hati satu famili dapat enjoy makan. Memang lebih berbaloi buat sendiri berbanding beli. Harga sebalang kerepek ni agak pricey

Sekarang dah tak larat buat dah. Larat makan je. 😂 Bagi kalian yang berminat untuk cuba buat kerepek ngaku, klik pautan di bawah ya.

Resepi Kerepek Ngaku

20 ulasan:

  1. Pertama kali dengar. Nampak menyelerakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti ada rezeki boleh cuba. Bagi saya ni antara kerepek yang sedap 😊

      Padam
  2. Aah kerepek ni muncul time CNY je kan... PH belum pernah try tapi memang org kata sedap 👍

    BalasPadam
  3. teringin jugak nak buat...tapi, tak pernah buat lagi..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti ada kelapangan boleh cuba buat. Rasa-rasa dah teringin sangat tu, tunjuk-tunjuk je dahulu kat kedai 😊

      Padam
  4. Selalu buat kerepek ngaku ni. Time CNY je ada ngaku tu. Kali ni tak buat pulak kemalasan. Hihi

    BalasPadam
  5. Kerepek ngaku datang lagi bersama perayaan Tahun Baru Cina.
    Dulu saya pun suka buat kerepek ngaku sendiri.
    Lama-lama tak larat dan buat dah. Beli sajalah, bawa balang depan tv sambil krup krap krup krap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Kak Amie. Saya sekarang bila fikir nak mengupas kulitnya, nak parut nipis2, nak duduk berdiang tepi kuali… terus rasa penat sebelum mula 😂😅

      Padam
  6. Baru saya tahu arrowhead tu ngaku. Selalu jugak nampak kat pasar raya waktu macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ngaku ni bermusim. Time ada tu memang kena seranglah kat pasar raya, orang nak buat kerepek 😊

      Padam
  7. Cuya tak pernah rasa lagi kerepek ni...
    Lama Cuya tak singgah sini kan kak.. apa khabar :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Khabar baik, dik! Alhamdulillah, akak sihat seadanya. Cuya sihat? Nanti tau… nanti akak datang ziarah Cuya… lama tak jalan2 😘

      Kalau ada peluang jumpa kerepek ngaku ni, cubalah rasa. Tengok kena tak dengan selera Cuya 😊

      Padam
  8. kerepek ngaku selalu muncul time CNY hehe

    BalasPadam
  9. ni kalau mkn sambil tgk drama korea
    drama tak habis
    keropok dah licin dulu
    hahaha

    BalasPadam
  10. Kalau tak salah CCL ngaku ni sengkuang cina yang kecil tu kan . Betul tak ?

    BalasPadam
  11. Tak pernah buat tapi masa CNY meriah tengok orang beli...

    BalasPadam
  12. Sha pun pernah semangat satu waktu dahulu buat kerepek ini.. Tapi sekarang beli yang dah siap je.. kikiki..

    BalasPadam
  13. Saya sampai Googling dalam bahasa Indonesia apa. Karena tak pernah dengar kerepek ngaku. tapi dlm BHS Indonesia disebut keripik tangku, cuma jujur tetep tak tahu hahahahah.

    Soalnya dulu saat study di Penang 4 tahun, saya homestay dengan Chinese family. Dan tiap CNY dia tak pernah buat keripik ini 😄. Padahal menu Chinese yg biasa ada saat CNY selalu dia buat.
    Jadi penasaran juga dengan rasa keripiknya. Di market place ada jual, tapi dari Batam. Tak ada jual di Jakarta😂

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.