Assalamualaikum. Selamat menyambung cuti!
Ini kisah semalam. Rezeki saya dapat tapai pulut daun getah. Alhamdulillah. Rasanya, sudah agak lama saya tak makan tapai. Lagi-lagi yang dibungkus menggunakan daun getah sebegini.
Punyalah gembira apabila tapai pulut sampai ke tangan. Saya simpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu. Tahan selera kejap. Dua tiga jam lepas tu, keluarkan lalu dimakan… nikmatnya!
Tapai Pulut Daun Getah |
Tapai Pulut vs Tapai Ubi
Tapai Ubi Goreng
Tapai ubi goreng saya 😊 |
Sedap sangat! Bayangkan rasa tapai ubi yang masam-masam tu disaluti dengan bater gorengan yang rangup. Tak cukup seketul! Tak pasal-pasal sambil menulis entri ni saya jadi terliur sendiri 😂. Boleh intai resepi tapai ubi goreng di sini.
kalau ragi n cara gaul ngam mmg akan dpt tapai yg best👍
BalasPadamrasanya org N9 selalu buat tapai gn daun getah ni.. kg sy masih kekal guna daun pokok tapai...
BalasPadamAkk pun prefer tapi pulut sbb kerap jumpa berbanding tapau ubi, esp belah Utara sana.
BalasPadamTapai ubi goreng belum pernah jumpa, apatah lagi rasa :D
ldy suka tapai daun getah ni.. sedap.. air nya puila boleh buat air, tambah air masak.. sedap.. letak nata de coco.. nikmat ya Allah..
BalasPadamdlu ldy x minat tapai ubi.. lepas ayh meninggal, sebab rindu, makan semua makanan kesukaan ayah.. terasa sangat nikmat.. sedap.. beli lagi dan lagi.. xtyahu la sedap kerana sedap atau sedap itu lahir dari perasaan rindu..
done follow as Ain Farhana.
BalasPadamCuya tapai pulut dgn ubi dua2 Cuya suka.. bagi jela mana2 Cuya akan ngaap! Hahah
BalasPadamFirst time dengar tapai goreng, herm macam menarikk
Mama dan MIL memang suka ni. Naniey tak reti makan sangat..
BalasPadamSha tak pernah makan tapai ubi..
BalasPadamTapai pulut pula memang kesukan tambah bila dibungkus dalam daun tu.. Rasa dia lebih sedap..
Sama kak, saya suka 2-2 nya. Pulut ataupun ubi. Yg penting maniiis 😄. Tapi pulut dibungkus daun jati juga dah jarang di sini. Biasanya dibungkus daun pisang. Hanya ada beberapa daerah di Jawa yg masih memakai daun jati.
BalasPadam