Siapa suka makan tapai? Pernah makan tapai goreng atau tidak? Saya memang suka makan tapai. Tidak kiralah tapai apa. Tapai ubi kayu ke, tapai pulut ke ... kedua-duanya saya gemar. Cuma sekarang lebih cenderung makan tapai ubi berbanding pulut sebab tidak suka yang manis sangat. Selain daripada makan begitu sahaja, saya juga paling suka kalau waktu cuaca panas terik dapat nikmati semangkuk cendol tapai pulut. Lagi satu, makan tapai ubi dengan aiskrim. Yummeh! Tak pasal-pasal terliur sendiri sambil menulis entri ini.
Tetapi, tapai goreng memang saya tidak berpeluang rasa langsung sebelum ini. Biasa dengar dan baca mengenai tapai goreng. Tapai goreng ni popular di sekitar Pantai Timur. Dekat KL memang susah sedikitlah nak jumpa. Dah lama teringin nak buat. Masalahnya setiap kali saya beli tapai, tak sempat nak goreng. Tahu-tahu habis! Jadi, baru-baru ini memang sengaja beli tapai ubi kayu extra. Separuh diasingkan siap-siap untuk dibuat tapai goreng.
Percubaan Pertama Buat Tapai Goreng
Inilah tapai goreng percubaan kali pertama saya. Resepi ini saya olah sendiri. Ada macam-macam versi resepi tapai goreng - ada yang guna tepung beras sahaja, ada yang guna kapur makan. Saya buat bater adunan yang paling mudah, kemudian letak hirisan daun sup untuk aroma dan rasa yang lebih umphhh!
Tapai ubi goreng |
Resepi Tapai Goreng Mudah Versi FAMF Tower
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Tapai ubi kayu secukupnya
- Tepung gandum*
- Tepung beras*
- Air secukupnya untuk membuat bater
- Sedikit serbuk kunyit untuk warna kuning
- Hirisan daun sup
- Garam secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng
Untuk kedua-dua tepung (*) ini saya guna nisbah 2:1. Dua bahagian tepung gandum kepada satu bahagian tepung beras. Misalnya, jika guna 4 sudu tepung gandum, tepung beras 2 sudu. Satu cawan tepung gandum, 1/2 cawan tepung beras. Agak-agaklah ya nak buat bater adunan banyak mana bergantung kepada tapai yang kita ada.
Selain itu, boleh juga guna nisbah 1:1. Atau lebihkan tepung beras berbanding tepung gandum. Terserah selera masing-masing.
Langkah Penyediaan:
- Bancuh tepung gandum, tepung beras dengan air sehingga menjadi adunan bater untuk menggoreng. Tidak terlalu pekat dan tidak juga terlalu cair.
- Masukkan sedikit serbuk kunyit, garam dan hirisan daun sup. Kemudian, kacau bater sehingga semuanya sekata.
- Panaskan minyak masak. Celup ubi ke dalam bater adunan dan goreng sehingga warna bertukar kekuningan.
- Angkat. Tus minyak. Sedia untuk dihidangkan. Nikmati dengan senyuman. 😃
Selamat mencuba!
x berapa suka. kalau mkn sy mkn tepung je ubi org lain mkn hahahahahaha
BalasPadamHihihi kalau macam tu, saya buatkan Anies godok bawang je la,...:)
PadamLama tak makan tapai....tapai ubi kayu atau pulut dya2 PC suka...masuk peti ais...adoi...sedap...tapi tapai goreng ni tak pernah makan lagi...
BalasPadamSamalah kita, PC. Suka dua-dua. Nanti kalau ada peluang, bolehlah PC cuba tapai goreng pula ye :)
PadamNani pernah tengok orang jual tapi tak pernah beli. Heheh. Selalu makan tapai yang bungkus dalam daun pisang tu aje.
BalasPadamNanti cubalah, Nani. Mana tahu kena dengan selera :)
PadamResepi baru ni...boleh cuba ni...
BalasPadamSelamat mencuba, sis :)
PadamSEDAPNYAA. WAWA suka makan tapai ni..")
BalasPadamKita genggggg! :)
Padamcikyan suka gak tapai.. tp xnk kn byk2.. tp yg ni mcm best je.. hahah
BalasPadamMemang best, cik yan. Nanti jangan lupa cuba ye :)
Padamsuka dua2, ubi & pulut...
BalasPadamdua dua best :)
Padamwahhh boleh buat goreng ea... baru mummy tau.. Pakai tapai pulut takleh goreng ker..? mummy suka tapai pulut..hehe
BalasPadamTak pernah cuba lagi, Mummy. Selalu tengok orang goreng yang tapai ubi je. Maybe kalau yang pulut ni kan basah berderai. Messy sikit la.
Padammakan tapai pulut sbg dessert semasa raya puasa memang sedap. Lebih2 lg jika tapai tu sejuk...
BalasPadamTapai sejuk memang sedap dinikmati.
PadamWah,first time Zumal dengar ada tapai goreng...
BalasPadamNanti ada peluang Zumal cuba rasa pula ye...
Padamhai kak farah. ana ni pulak tak pandai makan tapai hehehe. kalau tempe pandaila =P
BalasPadamOh, tak kena ye rasa tapai dengan Ana...
Padampernah makan, sedap
BalasPadamBest kan,..
Padammenariknyaaaa kite suka makan tapai ubi.. tapi tapai biasa lahh.. yg goreng belum try lagi..
BalasPadamNanti boleh cuba. Sedapppp :)
PadamCT makan tapai pulut ubi kurang sikit. tu pun sebab tok orang utara memang suka tapai pulut belajarla makan sikit2. banyak2 memang kenot. tapai goreng yaa ? first time CT dngr..
BalasPadamNanti ada rezeki kita makan sama-sama. My treat :)
Padamcannoooot wait =D
PadamSedapnya tapai ubi kayu.. lama dah tak jumpa
BalasPadamMemang susah nak jumpa sekarang ni,..
Padamaida x pernah makan.
BalasPadameven ni first time aida dgr, farrah.
tapai pulut is my feveret la farrah. lama tak makan ni. rinduuuu...
Saya memang suka tapai, Aida. Dua-dua suka. Nanti ada kesempatan, bolehlah Aida cuba tapai goreng pula ye...
BalasPadamsllu kt kg ade juall/
BalasPadamsuke sgt makan..tp xleh nak makan byk sgt
Sha first time dengar tapai goreng.. Sedap ye sis?? Sha memang suka tapai tapi jenis pulut.. Ubi ini kurang suka.. Macam teringin pula nak rasa versi goreng ini..
BalasPadam