Rabu, Januari 17, 2018

Resepi Tapai Goreng

Siapa suka makan tapai? Pernah makan tapai goreng atau tidak? Saya memang suka makan tapai. Tidak kiralah tapai apa. Tapai ubi kayu ke, tapai pulut ke ... kedua-duanya saya gemar. Cuma sekarang lebih cenderung makan tapai ubi berbanding pulut sebab tidak suka yang manis sangat. Selain daripada makan begitu sahaja, saya juga paling suka kalau waktu cuaca panas terik dapat nikmati semangkuk cendol tapai pulut. Lagi satu, makan tapai ubi dengan aiskrim. Yummeh! Tak pasal-pasal terliur sendiri sambil menulis entri ini.

Tetapi, tapai goreng memang saya tidak berpeluang rasa langsung sebelum ini. Biasa dengar dan baca mengenai tapai goreng. Tapai goreng ni popular di sekitar Pantai Timur. Dekat KL memang susah sedikitlah nak jumpa. Dah lama teringin nak buat. Masalahnya setiap kali saya beli tapai, tak sempat nak goreng. Tahu-tahu habis! Jadi, baru-baru ini memang sengaja beli tapai ubi kayu extra. Separuh diasingkan siap-siap untuk dibuat tapai goreng.

Percubaan Pertama Buat Tapai Goreng

Inilah tapai goreng percubaan kali pertama saya. Resepi ini saya olah sendiri. Ada macam-macam versi resepi tapai goreng - ada yang guna tepung beras sahaja, ada yang guna kapur makan. Saya buat bater adunan yang paling mudah, kemudian letak hirisan daun sup untuk aroma dan rasa yang lebih umphhh!

Tapai ubi goreng


Resepi Tapai Goreng Mudah Versi FAMF Tower


Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Tapai ubi kayu secukupnya
  • Tepung gandum* 
  • Tepung beras* 
  • Air secukupnya untuk membuat bater
  • Sedikit serbuk kunyit untuk warna kuning
  • Hirisan daun sup
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng

Untuk kedua-dua tepung (*)  ini saya guna nisbah 2:1. Dua bahagian tepung gandum kepada satu bahagian tepung beras. Misalnya, jika guna 4 sudu tepung gandum, tepung beras 2 sudu. Satu cawan tepung gandum, 1/2 cawan tepung beras. Agak-agaklah ya nak buat bater adunan banyak mana bergantung kepada tapai yang kita ada.

Selain itu, boleh juga guna nisbah 1:1. Atau lebihkan tepung beras berbanding tepung gandum. Terserah selera masing-masing.


Langkah Penyediaan:

  1. Bancuh tepung gandum, tepung beras dengan air sehingga menjadi adunan bater untuk menggoreng. Tidak terlalu pekat dan tidak juga terlalu cair.
  2. Masukkan sedikit serbuk kunyit, garam dan hirisan daun sup. Kemudian, kacau bater sehingga semuanya sekata.
  3. Panaskan minyak masak. Celup ubi ke dalam bater adunan dan goreng sehingga warna bertukar kekuningan.
  4. Angkat. Tus minyak. Sedia untuk dihidangkan. Nikmati dengan senyuman. 😃

Selamat mencuba!

35 ulasan:

  1. x berapa suka. kalau mkn sy mkn tepung je ubi org lain mkn hahahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi kalau macam tu, saya buatkan Anies godok bawang je la,...:)

      Padam
  2. Lama tak makan tapai....tapai ubi kayu atau pulut dya2 PC suka...masuk peti ais...adoi...sedap...tapi tapai goreng ni tak pernah makan lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita, PC. Suka dua-dua. Nanti kalau ada peluang, bolehlah PC cuba tapai goreng pula ye :)

      Padam
  3. Nani pernah tengok orang jual tapi tak pernah beli. Heheh. Selalu makan tapai yang bungkus dalam daun pisang tu aje.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti cubalah, Nani. Mana tahu kena dengan selera :)

      Padam
  4. SEDAPNYAA. WAWA suka makan tapai ni..")

    BalasPadam
  5. cikyan suka gak tapai.. tp xnk kn byk2.. tp yg ni mcm best je.. hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best, cik yan. Nanti jangan lupa cuba ye :)

      Padam
  6. wahhh boleh buat goreng ea... baru mummy tau.. Pakai tapai pulut takleh goreng ker..? mummy suka tapai pulut..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pernah cuba lagi, Mummy. Selalu tengok orang goreng yang tapai ubi je. Maybe kalau yang pulut ni kan basah berderai. Messy sikit la.

      Padam
  7. makan tapai pulut sbg dessert semasa raya puasa memang sedap. Lebih2 lg jika tapai tu sejuk...

    BalasPadam
  8. Wah,first time Zumal dengar ada tapai goreng...

    BalasPadam
  9. hai kak farah. ana ni pulak tak pandai makan tapai hehehe. kalau tempe pandaila =P

    BalasPadam
  10. menariknyaaaa kite suka makan tapai ubi.. tapi tapai biasa lahh.. yg goreng belum try lagi..

    BalasPadam
  11. CT makan tapai pulut ubi kurang sikit. tu pun sebab tok orang utara memang suka tapai pulut belajarla makan sikit2. banyak2 memang kenot. tapai goreng yaa ? first time CT dngr..

    BalasPadam
  12. Sedapnya tapai ubi kayu.. lama dah tak jumpa

    BalasPadam
  13. aida x pernah makan.
    even ni first time aida dgr, farrah.
    tapai pulut is my feveret la farrah. lama tak makan ni. rinduuuu...

    BalasPadam
  14. Saya memang suka tapai, Aida. Dua-dua suka. Nanti ada kesempatan, bolehlah Aida cuba tapai goreng pula ye...

    BalasPadam
  15. sllu kt kg ade juall/
    suke sgt makan..tp xleh nak makan byk sgt

    BalasPadam
  16. Sha first time dengar tapai goreng.. Sedap ye sis?? Sha memang suka tapai tapi jenis pulut.. Ubi ini kurang suka.. Macam teringin pula nak rasa versi goreng ini..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.