Assalamualaikum. Salam hujung minggu!
Fuh, lama benar saya tidak menulis di sini! Betul-betul bersawang blog ini saya abaikan. Ini baru gigih cuba nak ambil mood untuk berblogging semula.
Apa khabar, teman-teman? Semoga kalian semua sentiasa sihat dan berada dalam dakapan kasih sayang Allah.
Ada sebarang perancangan menarik untuk hujung minggu? Dah selesai mengundi?
Hari ini cerita tentang mi siput. Pagi tadi dah sarapan berat. Sekarang, masa untuk snek ringan pula. Alhamdulillah, saya dapat satu kotak mi siput. Saya sebenarnya memang suka makan mi siput tapi jarang jumpa. Tak terfikir pun nak cari atau beli secara online. Jadi, apabila ada rezeki orang beri berpek-pek begini, punyalah gembira!
Mi siput dengan sambal pek individu 😊 |
Tinggal suap dalam mulut 😁 |
Memang best! Walaupun sambalnya sedikit cair berbanding sambal mi siput yang pernah saya rasa sebelum-sebelum ini, bagi saya gabungan kedua-duanya tetap padu!
Ada siapa-siapa yang gemar nikmati mi siput? Kita geng!
sedapnyaaa mi siput...
BalasPadamdah mengundi ke tu farrah?
Hikhik saya tak dapat pergi mengundi tempoh hari. Kena kuarantin 😂
Padamyaaa ye ke? so keadaan sekarang macam mana? dah okey ke?
PadamLama juga tak nampak akk. Welcome back! Cuya lama tk pekena mi siput, jarang sekali jumpa
BalasPadamThanks so much, Cuya. Terima kasih sudi jenguk2 akak 😊 itulah, kadang2 susah nak jumpa mi siput ni kan… kena cari online
Padamwahhhhh sedapppnyaaaa mee siput!!! hehehe
BalasPadamSedap krup krap krup krap gitu 😊
PadamWaalaikumussalam Farrah.
BalasPadamKami khabarnya baik-baik saja.
Sedap mi siput makan dengan sambal. Terdengar krup krapnya sampai LD hihihiii.
Akk sampai sekarang tak berapa pandai nak makan mi siput ni :(
BalasPadamPernah makan.. Sedap..
BalasPadamTak pernah makan. Tapi penasaran nak coba 😄. Mie nya agak mengingat kan saya dengan kerupuk mie yang ada di Padang. Tapi ini size kecil. Ntahlah rasanya sama atau tak
BalasPadamSaya suka.. tapi disini susah nak jumpa.. Mengancam betul..
BalasPadam