Kali ini saya cuba resepi brownies Che Nom. Mudah sangat dan resepi ni kalis gagal. Kalau ikut betul-betul, tak derhaka resepi... memang akan jadi.
Inilah brownies saya! Saya buat dua loyang. Ini hasil dari loyang pertama. Nampak tak kepincangan pada brownies saya ni? Haaa... bagi yang mata tajam, mesti kalian perasan lapisan kedut-kedut brownies di bahagian tengah tu hilang! Huhuhu ini bukan salah Che Nom! Ini salah saya yang cemerkap. Hampir terbalik brownies ni ketika saya cuba pindahkan ke dalam kotak. Habis tobek kedut-kedut di tengah tu. Mujurlah boleh touch up dengan Nutella. Nak beri pada orang ni. 😂
Brownies Coklat Resepi Che Nom |
Resepi Brownies Coklat Che Nom
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 300g coklat gelap
- 150g mentega tanpa garam
- 100g tepung gandum
- 30g serbuk koko
- ½ sudu teh garam halus
- 2 sudu besar air panas
- ¾ sudu kecil serbuk espresso atau mana-mana instant coffee powder pilihan kalian.
- 200g gula perang (soft brown sugar). Saya kurangkan manis, saya cuma guna 150g.
- 4 biji telur (gred B)
- 1 sudu kecil esen vanilla
Langkah-langkah penyediaan:
- Panaskan ketuhar pembakar pada suhu 160°C. Lengser dulang bersaiz 9 x 9 inci dengan mentega dan lapik dengan baking paper.
- Cairkan coklat gelap bersama mentega menggunakan kaedah double boiler.
- Ayak semua bahan kering iaitu tepung gandum, serbuk koko dan garam halus.
- Bancuh air panas bersama serbuk espresso atau serbuk kopi segera. Ketepikan.
- Pukul telur bersama gula sehingga sebati, tetapi tidak perlu kuat sangat dan jangan terlalu lama. Ini untuk memastikan bahagian permukaan atas brownies berkedut dengan cantik.
- Masukkan esen vanilla, diikuti cairan coklat dan metega serta bancuhan kopi. Kacau seketika.
- Masukkan bahan ayak dan kaup balikkan menggunakan spatula agar semua bahan sekata.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-35 minit, atau sehingga lidi yang dicucuk ada sedikit basah berketul coklat bila ditarik keluar. Tidak perlu tunggu sehingga lidi yang dicucuk keluar licin (bersih). Nanti brownies overbaked, dah jadi kek pula.
Sedapnya brownies.. Makan dnegan aiskrim vanilla.. Pergh!! Rajin Kak Farah..
BalasPadamlama tk buat brownies..suka yg jenis chewy & fudgy
BalasPadamMau seperti apapun bentuknya, biasanya rasa brownies tak pernah failed 😄👍. Apalagi pakai Nutella pula, best pasti ❤️
BalasPadamsedapnyaaaaa
BalasPadamkalau ikut resepi che nom mmg jarang gagal. sy follow dia punya resepi juga. sedap pula tu kalau kita tak derhaka resepi hahaha