Tepung Ayam Goreng Bon Chef

Selasa, September 12, 2023

Tepung Ayam Goreng Rangup Serbaguna Bon Chef ini pemberian teman saya. Sebenarnya, saya belum pernah cuba sebarang produk Bon Chef sebelum ini. Biasa juga nampak di kedai Eco, tetapi saya tidak beli.

Tepung Bon Chef Hot & Spicy

Alang-alang dah ada tepung goreng serbaguna, kita manfaatkanlah sebaiknya. Buka sahaja pek, bau pedas tepung tu dah menyengat hidung! Bersin-bersin saya dibuatnya. Mujurlah tidak bersepai pek tepung di tangan.

Untuk percubaan pertama, saya buat tempe goreng. Tempe sekadar disalut nipis dengan tepung, kemudian digoreng sehingga rangup di dalam air fryer. 

Inilah hasilnya.

Tempe goreng rangup


Psst! Nak dapatkan hasil terbaik, lumurkan hirisan-hirisan tempe dengan sedikit minyak sebelum dimasak menggunakan air fryer.


Hendak cuba tempe mendoan? Lihat resepi cara saya di sini.

Kacang Kuda Salut Tepung

Seterusnya, baki tepung saya gunakan untuk buat kacang kuda goreng. Snek kunyah-kunyah apabila mulut terasa ‘sunyi’. 😂

Kacang kuda goreng

Kira menjadi jugalah kacang kuda goreng saya ni meskipun saya tak berapa cekap memisahkan butir-butir kacang semasa menggoreng. Banyak kacang-kacang jadi kembar dua, kembar tiga. 😅 Insya-Allah, nanti saya kongsi resepinya apabila ada kelapangan.

Bagi saya, tepung goreng serbaguna Bon Chef ni okey. Berasa dan dapatlah tekstur rangup untuk gorengan. Cuma jika dibandingkan dengan Tepung Bestari, saya lebih gemar Tepung Bestari berbanding yang ini.

6 ulasan

  1. Mak aii.. Terliur melihat tempe goreng.. Cicah dengan sambal kicap, sedap tu..

    BalasPadam
  2. tak pernah jumpa jenama ni. saya selalu beli tepung bistari je. kalau jumpa boleh la try yang ni pula

    BalasPadam
  3. Sep sikit.. Sha pun suka tepung bestari.. Tepung bon chef ini tak pernah cuba..

    BalasPadam
  4. kacang kuda salut tepung tu kalo dh start mkn ..ralit jadinya

    BalasPadam
  5. Kacang dan tempe , saya lebih tertarik dengan tempe 😍😍. Pasti sedap dibalut tepung, lalu makan dengan sambal kan 😄👍. Biasanya saya goreng tempe pun pakai tepung serba guna seperti ini juga kak, beda brand saja.

    BalasPadam
  6. uihhhh kacang tuuuuu mengodazzzz...ada lagi tak? ehhehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.