Resepi Tempe Mendoan

Isnin, Oktober 12, 2020

Hari ini kita makan goreng-gorengan ya. Resepi yang ingin saya kongsi hari ini namanya Tempe Mendoan. Pada dasarnya, lebih kurang seperti tempe goreng biasa cuma salutan tepung tu yang buatkan hidangan ini lebih enak dan berbeza. 'Mendoan' berasal dari perkataan ‘mendo’ yang bermaksud setengah matang atau setengah masak. 

Kepingan tempe akan digoreng dalam minyak yang banyak dan panas dengan cepat, jadi tempe tidak masak sepenuhnya. Macam potongan tempe dalam hidangan ayam penyet tu, lembut-lembut ja. Tetapi, versi ini saya derhaka sedikit. Saya buat bahagian luarnya garing dan rangup manakala dalamnya kita biarkan lembut empuk.

Resepi Tempe Mendoan


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Tempe
  • Beberapa tangkai daun bawang
  • 4 - 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sentimeter kencur
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

Salutan Tepung
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 4 sudu besar tepung beras
  • 1 susu teh serbuk penaik (optional)

  • Secubit garam
  • Air secukupnya untuk menghasilkan bater
  • Minyak masak untuk menggoreng


Langkah-langkah penyediaan:
  1. Hiris tempe tetapi janganlah sampai terlalu nipis. Jika nipis sangat, nanti tempe kita akan cepat masak dan garing. Tiada elemen empuknya. Nama resepi pun tempe mendoan. Jadi, 'mendo' tu kenalah dikekalkan. 
  2. Kisar bawang merah, bawang putih, kencur, serbuk kunyit dan garam dengan sedikit air. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk.
  3. Hiris daun bawang, masukkan juga ke dalam mangkuk tadi diikuti dengan bahan-bahan untuk salutan tepung. Letak air secara berperingkat hingga dapat adunan bater yang tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Gaul sehingga sekata.
  4. Panaskan minyak. Celup kepingan tempe ke dalam bater dan goreng sehingga warna bertukar keperangan.
  5. Angkat dan tuskan lebihan minyak.
  6. Sedia untuk dihidangkan bersama cili kicap.  

Selamat Mencuba!

9 ulasan

  1. Saya suka sangat makan tempe mendoan. Ada rasa tempe yang lembut. Berbeza dengan tempe goreng garing, hilang rasa tempenya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kan?! Lembut tempe tu yang sedap :)

      Padam
  2. Ingatkan apa lah mendoan tu.. hehehe.. Nice.. Lembut je bila makan kalau masak macam nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe tempe separuh matang je,Sha. Mendoan tu bahasa orang belah Jawa sana.

      Padam
  3. kalau dah kehabisan idea utk sarapan pagi bolehlah sy try ni... tp utk weekend je laa... weekdays mmg x sempat hehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Santai-santai hujung minggu tu bolehlah cuba, Anies. Jangan lupa ajak saya sekali 😊

      Padam
  4. Pertama kali dengar Mendoan tu kak Farrah. Sedap tempe goreng salut tepung. Tempe is my favourite! cicah dengan sambal kicap. fuhhh bertambah makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yessss. Peminat tempe ... kita geng! Nanti jangan lupa cuba, then ambil gambar cantik2 biar nampak extra menggoda! 😂

      Padam
  5. oookay semua hidangan tempeee saya tak tolak !!
    bawakkk mai semua i makan hehe..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.