Assalamualaikum. Pernah rasa tak Noi Crispy Seaweed? Biasanya, kalau snek rumpai laut, saya familiar dengan jenama Tao Kae Noi sahaja. Jenama-jenama lain yang berada di pasaran, saya jarang cuba.
Saya ada beli mentega kacang keluaran Tong Garden di Lazada. Dapat dua pek Noi Crispy Seaweed secara percuma. Punyalah gembira sebab sebelum ini tidak pernah rasa produk seaweed Noi. Nampak menarik!
|
Noi Crispy Seaweed with Almond Slices |
Inilah bungkusan yang selamat sampai. Dua botol mentega kacang Tong Garden (Unsweetened Crunchy) dan dua pek snek
seaweed Noi.
Jom kita tengok bentuk dan rupanya bagaimana.
|
Kepingan rumpai laut bersama hirisan kacang badam. |
|
Keratan rentasnya 😊 |
Sedap ke tidak? Sedap! Kepingan nipis-nipis begini, memang lajulah masuk mulut. Rumpai lautnya fresh, crispy, ditambah pula dengan hirisan-hirisan kacang badam … memang sekejap je habis satu pek. Selain perasa yang saya dapat ni, ada juga perasa popping grains, pumpkin seeds dan almond slices hot & spicy. Bolehlah cuba lain kali. 😊
tak minat seaweed, tapi anak anak suka sangat.
BalasPadamSedap.. Sha pun suka..
BalasPadamtak pernah try makan camni.. kalau seaweed sesajo slalu laaa hehehe
BalasPadamYa Allah, nampak sedaaaap seaweed ni, pakai almond pulaaaa 😍😍😍😍. Masih lama lah plan nak balik KL. Kalo kesana saya coba cari NOI seaweed ni. Di sinipun banyak produk seaweed kak, tapi tak ada yg pakai almond. 😅. Anak saya sukaaa sangat seaweed. Sayapun juga
BalasPadambenda free kompemmmm sedapppp
BalasPadamsuka crispy seaweed tp tk pernh bli..org bg ...peanut butter lama tk mkn
BalasPadam