Assalamualaikum. Ada siapa-siapa pernah makan Kepok Sedak Issey?
Asalnya, saya tengah scroll Shopee, mencari barang hendak dibeli. Terserempak dengan sesi live Kepok Sedak Issey. Tertarik pula tengok keropok lekor yang sedang dipromosikan. Kebetulan, ketika itu ada baucar diskaun RM10 sekiranya kita buat pembelian semasa sesi live.
Biasanya, saya beli keropok lekor di kedai lain. Sudah alang-alang ada diskaun, bolehlah cuba. Baca review daripada pembeli-pembeli, semua puji sedap!
Harga sepek RM13.90 untuk 20 potong keropok lekor yang disertakan sos pencecah biasa dan sos keju. Setelah tolak baucar, tambah kos pengeposan, tolak baki coins yang ada… dapat dalam RM6.++. Eh, why not? Buy now! Buy now! 😂
Keropok lekor, sos cili dan sos keju. |
20 potong keropok lekor |
Keropok lekor rangup, sedia untuk dimakan! |
Sedap? Lima bintang. Keropoknya rangup, rasa ikan cukup. Portion kedua-dua sos untuk cicah dengan keropok memadai. Tidak kurang, tidak lebih.
Sos cili manis macam rasa sos keropok lekor biasa tu. Sos kejunya pula mengingatkan saya pada sos keju Swiss Bear. Jenis berlemak dan tidak terlalu masin.
Akan repeat? Ya, andai terserempak dengan promosi atau baucar diskaun lagi. 😂
Berbaloi ke tidak? Buek ghaso-ghaso memang berbaloi. Keropok sedap, ada sos cili manis, sos keju… tak silap saya sos Korea pun ada, kita boleh add-on.
Nak buat gift, jadikan buah tangan, berkongsi rezeki dengan sanak-saudara dan jiran-jiran pun berbaloi! Packaging dah cantik, cukup presentable.
Tetapi, kalau isi rumah macam saya yang setiap ahlinya hantu keropok lekor, saya kena cari pilihan lain yang portion keropoknya lebih banyak dengan range harga yang lebih murah.
Kepok Sedak Issey tiada dalam pek pembungkusan yang lebih besar. Lagipun, di rumah ni, saya seorang je yang enjoy cicah keropok lekor tu dengan sos keju.
Memang berbaloi-baloi.. Menarik.. Meletup tak bila digoreng?
BalasPadamoooo ni laa bisnes issey ya...
BalasPadammenarik!
ada pilihan sos tu mmg best
jarang penjual keropok lekor buat mcm ni
dlu sy x berapa suka kerook lekor mcm ni
BalasPadamtp lps sepupu sy ckp
ni laa keropok lekor plg best dan berkualiti
trs jd suka smpi laa ni hahaha
tak tahu pula issey ada jual keropok. pakaging dia mantap.
BalasPadampenggemar kepok lekor masuk...tp kita suka yang bila goreng dia jadi ringan tu.
BalasPadamAisssh, cuma terliur saja lihatnya, tak ada yg jual KEROPOK lekor di jakarta 😂. Itulaah kenapa July ini saya nak ke Terengganu kak. Mau puas2kan makan KEROPOK LEKOR di sana 😄.
BalasPadam