Nasi Goreng Dabai | Doa Pagi

Jumaat, Oktober 04, 2024

Assalamualaikum. Selamat pagi! Salam Penghulu Hari.

Minggu ini entah apa yang disibukkan sangat entah… hari Jumaat baru saya ada peluang intai blog. 

Sudah sarapan? Kongsilah sedikit kalian sarap apa. Pagi ini Cekengah ada dengan saya. Jadi, kami sarapan bertiga. Ramailah sedikit hahahah. Saya buat nasi goreng dabai untuk makan pagi. Ada baki buah dabai frozen di dalam peti dingin beku, saya jadikan rencah nasi goreng.

Nasi Goreng Dabai

Nampak tak yang hitam-hitam itu? Itulah dabainya. Laku keras kalau letak dalam nasi goreng. Laju je Bott dan Cekengah makan sebab sedap rasa lemak dabai tu bercampur dengan nasi. 

Kalau suruh makan begitu sahaja, mereka berdua tidak pandai. Biasanya, saya je yang happy enjoy makan dabai cicah dengan kuah kicap sorang-sorang.

Alhamdulillah, perut dah kenyang. Saya hendak siram dan kemas pokok-pokok di balkoni, kemudian gerak ke gym. Mudah-mudahan, selamat sampai ke sana tanpa lencong ke tempat lain. 😆

Doa untuk Pagi Ini 

Instagram Imam Muda Hassan

Semoga urusan kita semua mudah dan berjalan lancar hari ini. Aamiin.

Catat Ulasan

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.