Laderach Dubai Pistachio Kunafa Chocolate

Isnin, Mei 26, 2025

Sebelum ini, dalam salah satu entri Wordless Wednesday, saya ada kongsi gambar coklat-coklat Dubai - coklat kunafa pistachio yang saya dapat Syawal lalu. Rezeki raya tahun ini memang mewah dapat coklat Dubai. Uje dan Dhila bawa balik dari sana, kawan sekolah beri sebagai oleh-oleh, officemate Cekengah belanja saya. Kebetulan semuanya dapat lebih kurang pada masa yang sama.

Antara coklat kunafa yang saya terima ialah coklat Laderach. Kalau ikutkan saya, hubungan saya dengan Laderach sebatas pandang dari jauh sahaja. Tidak mampu saya hendak beli coklat mahal-mahal begini. Main timbang-timbang, sekeping kecil sahaja boleh cecah puluhan dan ratusan ringgit. Sebelum ini pun, kalau pergi TRX dan lalu depan Laderach, saya main pandang-pandang jeling-jeling je. 😆

Tapi, Allah susun… dalam rezeki adik-adik saya, ada terselit rezeki kakaknya juga untuk merasa. 


Laderach Pistachio Kunafa Chocolate

Coklat di bawah ini pemberian Dhila. Gigih adik ipar saya tu pergi Dubai Mall shopping coklat untuk bawa balik raya. 
 
Laderach Chocolate

Kedua-duanya coklat kunafa pistachio. Cuma cara pembungkusan sahaja berbeza.


Laderach Dubai Chocolate in Green Box

Kotak hijau ini sesuai untuk dijadikan gift. Dari tetingkap potongan Burj Khalifa tu, kita boleh nampak coklatnya. Seperti biasa, coklat akan ada ‘contengan’ abstrak berseni.  Satu petak besar coklat boleh kongsi ramai-ramai.


Laderach Pistachio Kunafa Chocolate

Ini pula kepingan-kepingan kecil dibungkus dalam plastik, siap bereben. Sekeping tu kira saiz satu hidangan untuk dinikmati dengan senyum lebar. 

Coklat Laderach terkenal dengan kualiti coklat yang tinggi dan mewah rasa. Coklatnya sahaja sudah cukup sedap. Rich. Lapisan kunafa pistachio seimbang dengan lapisan coklat di bahagian luar. Bergabung cantik lemak manis, creamy coklat susu dengan kerangupan kunafa pistachio. I like!

Mungkin cita rasa kita berbeza. Saya kurang gemar sesetengah coklat yang lapisan kunafa terlalu banyak dan tebal, coating coklat nipis sahaja. Tak boleh nak enjoy sebab agak terlalu manis bagi saya. 

Andai kalian memang penggemar coklat lagi-lagi coklat Dubai, Laderach berbaloi untuk dicuba. Tapi kalau kalian seperti saya, ada kita makan, tiada kita tak cari… tak makan pun tak rugi. Tak perlu nak join the hype sangat.


10 ulasan

  1. Sedap ni..hari tu pun kak ipar ade bwk coklat kunafa dr Dubai...Sedap jgk..Tp nk beli sendiri tu belum lg =D

    BalasPadam
  2. wahhh best nyaaa dpt rasa coklat mahalllll....
    dia punya coklat tu mcm mana tahap kemanisan dia ya farrah?

    BalasPadam
  3. linda pun belum pernah makan lagi...makan coklat yang dibungkus macam duit syiling tu je... hihihi

    BalasPadam
  4. wahhh memang rezeki utk kakaknya ni hehehe.. Ana pun mmg blm ada peluang nak merasa coklat Dhubai kunafa ni

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..Rezeki tak pernah salah alamat. Untung dapat rasa coklat mahal-mahal ni. Orang memberi kita merasa. Semoga bertambah rezeki si pemberi semua.

    BalasPadam
  6. wahhh best nyaaa dpt rasa coklat mahalllll....
    mesti rasa lain dari yang biasa...

    Salam kenal dari New Follower, jemput singgah di teratak yang tidak seberapa

    BalasPadam
  7. Rezeki x pernah salah alamat... premium sangat coklat laderach tu... kotaknya sayang nk buang

    BalasPadam
  8. Sampai sekarang saya belum lagi merasa coklat kunafa ini.. Risau manis sangat dan tak kena di lidah.. kikiki..
    Memang rezeki akak diberikan kesempatan merasa.. Bungkusan yang dalam kotak hijau tu nampak cantik.. memang sesuailah dijadikan hadiah..

    BalasPadam
  9. wahh..tgk pun nampak mahal choc tu....

    BalasPadam
  10. Hahahahahha berarti kita 1 circle kak. 😄. Saya pun tak terlalu suka coklat manis begini. Kalo ada dan diberi, okelah nak coba. Kalo tak ada, dan bagi saya tak worth it harganya, saya pun tak mencari. 😁

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.