Roti Sourdough | Hujung minggu lepas, saya pergi ke kedai roti kegemaran saya di Damansara Kim, Lavie Boulangerie. Kali ini, saya tidak dine-in di sana, singgah sebentar untuk beli roti sourdough sahaja.
| Sourdough bread 😊 |
Kebaikan Makan Roti Sourdough
Dahulu, orang kita tak tahu pun roti sourdough tu apa lagi-lagi andai tidak terdedah dengan dunia roti atau makanan orang barat.
Sekarang ini, exposure tentang kebaikan menikmati roti sourdough dah semakin meluas. Roti sourdough sesuai untuk orang yang alah pada gluten kerana kandungan glutennya rendah. Bukan itu sahaja, roti ini rendah karbohidrat dan rendah indeks glisemik (G.I.).
Selain itu, roti ini mengandungi prebiotik, sesuai untuk mengekalkan kesihatan perut dan usus.
| Cranberry Flaxseed Levain |
Kita boleh pilih sama ada mahu roti dipotong atau tidak. Saiz hirisan setiap keping roti pun kita boleh minta nak tebal atau nipis.
Kenapa Roti Sourdough Mahal?
Cekengah pernah tau nak hantar saya pergi kelas baking, belajar buat sourdough. Dia tengok saya suka sangat dengan roti ni sampai nak sponsor saya pergi kelas.
Saya tolak mentah-mentah! Hahaha saya bukan orang yang sabar. Pembuatan roti sourdough agak rumit ya. Kita kena buat starter.
Dari starter tu, kita ambil sedikit… campur dengan tepung dan air. Ini proses kita bagi starter tu makan. Esok bagi makan lagi. Kena pantau proses penapaian dari hari ke hari. Ada pantang larang juga. Tak boleh kena panaslah… itulah… inilah. Pastikan dalam pada benda tu tengah memeram, peraman tidak rosak atau berkulat. Kalau berkulat, maknanya dah tak boleh guna. Hukum buang. Start all over again!
Memikirkan prosesnya yang sedemikian, awal-awal saya angkat bendera putih. Tidak sanggup pening kepala, biarlah saya sekadar jadi pembeli roti sourdough sahaja.
Biar insan-insan yang tenang, yang sabar sahaja buat roti ini. Itulah sebab harga roti sourdough agak pricey. Usaha hendak membuatnya bukan calang-calang!
Tetapi, sekarang ini saya perasan juga… mungkin disebabkan roti sourdough semakin dapat sambutan di pasaran (pilihan yang lebih sihat, sesuai untuk orang berdiet dan ada penyakit tiga serangkai), ada segelintir penjual yang jual roti biasa dan claimed itu roti sourdough. Sangat mengecewakan! Tak baik tau!
Roti sourdough ada rasa tersendiri hasil peraman dohnya. Macam masam-masam gitu. Kulit luarnya garing dan chewy, tekstur roti di dalamnya lembut dan bouncy. Kiranya dalam suapan pertama kita dah dapat kenal pasti sama ada roti tu sourdough atau tidak.
| Keratan rentas roti sourdough 😊 |
Ini potongan roti sourdough saya. Ada cranberry dan flaxseed. Sedap! Rongga-rongga pada roti menunjukkan keadaaan doh - sejauh mana doh roti diperam sebaiknya. Well fermented, under fermented atau over fermented. Roti saya di atas ini boleh dikategorikan sebagai well fermented.
Saya seorang sahaja yang makan roti sourdough. Ahli keluarga lain, Cekengah, Bott, semua tak gemar. 😂 Sekali-sekala, kalau saya buat tartine baru mereka join. Jadi, kalau beli sebuku dua tu, bertahan lamalah juga stok roti untuk saya.
semalam kot ternampak ada kedai baru yg specialized utk roti sourdough ni tp sy x pasti kat area mana (masih dlm kawasan KL)... acu farrah google nanti...
BalasPadamMemang bagus sourdough bread ni.
BalasPadamadik SA yang lisa tu selalu beli sbb dia ada Thyroid so mmg kena mkn roti yg rendah gluten..
BalasPadamAna pulak kat rmh tu Ana sorang je suka mkn roti jenis cmni & yg lain hehe
BalasPadamMakanan bagus dan susah dibuat, memang lah mahal kan kak.. Tapi tak baik tau yang menipu tu.. Tak bagus.. Kesian pembeli..
BalasPadamMA x pandai makan roti2 mcm ni
BalasPadamBelum pernah cuba lagi. Ye benar sekarang dah meluas dijual sebab rotinya lebih bagus dari roti lain. Tapi itulah dia mahal, bahan dan proses pembuatannya pun renyah ambil masa.
BalasPadamOh rumit juga cara pembuatan ni. Saya tau roti ni elok utk diet je, rupanya bagus utk usus jugak ye!
BalasPadamAdala beberapa kali dapat free roti sourdough ni kat bakery yg saya slalu singgah. Lembut rotinyaaa tapi kulit luar tu keras, saya slalu buang kulit haha
Renyah jugak cara pembuatan dia ya. Sesekali sedap jugak layan roti ni. Tapi itulah kat rumah anak² bukan pemakan roti, saya sorang² nak kena habiskan semua
BalasPadamIni jenis roti paling sedaaaaaap. Kalo yg pake cranberries, dan sepeda, makan gitu saja dah enak kan. Saya kdg beli yg banyak seeds, atau yg tak pakai seeds. Yg tak pakai biasa dibuat sandwich. Kalo yg banyak seeds, memang dimakan begitu saja.
BalasPadamTapi sayangnya penggemar roti ini di rumah, semua kluarga saya suka kak 🤣🤣. Jadi kalo beli, pasti cepat habis.
Makanya tak bisa sering, mahal 🤣