Belian Gerak Hati - Malaya Perfumery

Khamis, November 07, 2024

Malaya Perfume | Waterlily - Minyak wangi Waterlily, Malaya Perfumery ini sebenarnya salah satu daripada impulse purchase saya dan Cekengah sewaktu kami jalan-jalan cuci mata di Publika.

Asalnya, kami berdua memenuhi undangan birthday lunch ibu mertua adik bongsu saya di The Roomah. Selesai makan, perut dah berat! Saya ajak Cekengah jalan-jalan ringankan perut dahulu sebelum balik. Di bahagian bawah tu ada banyak reruai comel. Ada jual minyak wangi, aksesori wanita, coklat, baju, kek batik… macam-macamlah!

Baca juga: Auura Eau De Parfum

Si Cekengah jalan menonong je. Saya yang banyak sangkut sana-sini. Di hadapan booth Malaya Perfumery, ada seorang adik hulur sample strip pada saya. Dok sibuk mengejar langkah terkedepan Cekengah, saya cepatkan langkah sambil cuba-cuba bau.

Eh, sedaplah! Wanginya! Bau bunga-bungaan yang segar, tidak terlalu menusuk hidung. Terus panggil Cekengah dengan ayat memancing. “Ngah, I think this is your smell!” Haa, gitu! 😆

Kami pun berpatah balik. Banyak juga pilihan minyak wangi Malaya Perfumery ni. Selain minyak wangi untuk wanita, ada juga minyak wangi untuk lelaki.

Menurut adik jurujual tu, minyak wangi bestseller mereka ialah Blooming Tuberose. Bunga Sundal Malam. Tapi, tak kena dengan cita rasa kami. 

Being a coffee lover, saya tertarik dengan Caramel Macchiato. Saya cuba bau. Harum. Lembut bau kopinya menyapa deria. Manis-manis karamel. Si Cekengah offer nak belikan untuk saya tetapi… saya nak ke badan bau kopi? 🤣 Hahahah! Memanglah saya hantu kopi, tak perlulah sampai badan pun beraroma kopi.

Tetapi, memang best baunya. Saya simpan strip Caramel Macchiato tu di dalam beg. Setiap kali buka beg, saya senyum lebar sebab wangi. Macam tiba-tiba kena teleport ke coffee shop.

Sudahnya, kami cuma beli satu - Waterlily.

Malaya Perfumery | Waterlily

Lupa pula hendak ambil gambar botol minyak wanginya. Ini gambar dari Malaya Perfumery.

Notes: Pear, Lily of Valley, Musk.

Not bad for a local product. Wangiannya setanding dengan minyak wangi import di luar sana. Harga pun berpatutan. Sebotol RM128 untuk 40ml. Bau tahan lama. Kira berbaloilah beli.



9 ulasan

  1. Saya memang biasa pakai pewangi. Tapi biasanya orang rumah yang beliakan.. Hehe

    BalasPadam
  2. Setuju, local products pun bagus² actually 👍🏻

    BalasPadam
  3. berbaloi tahan lama...baca nama "waterlily" pun, terasa lembut je baunya...

    BalasPadam
  4. Krn saya koleksi aneka parfume, nanti nak carilah parfume ini . Berarti ada 2 parfume Malaysia yg saya masih penasaran nak coba, Malaya Perfumery dan Legendary Perfume

    BalasPadam
  5. local produk skg mmg byk jaaa yg tahan lama. yg penting harganya berbaloi

    BalasPadam
  6. bau setanding perfume import and tahan lama best juga tu

    BalasPadam
  7. Pertama kali dengar brand ni. Syaza nak cari jap hihi ^^ Tq Share!

    BalasPadam
  8. Hahhaa kan memanglah kita suka kopi tapi tak naklah badan pun bau kupi ngeh! ngeh! ngeh!

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.