Dah Tak Sendat Lagi

Sabtu, Oktober 26, 2024

Masih ingat lagi kisah baju raya tidak muat kerana terlebih sendat tu? Baca entrinya di sini. Bukan baju saya, tetapi baju raya si Rhea. 

Ini tuan punya badan.

Err.. yang ni tak ketara sendatnya.


Yang ini…

Rhea Si Ragdoll yang sado 😆🤣😂

Alhamdulillah, si Rhea dah ada baju baharu. Kali ini,  Cekengah belikan baju saiz XL untuk kucing banyak ragam dia ni.


Ada gaya Britney Spears tak? 🤣

Sebenarnya, masa ni Rhea tengah bersiap-siap untuk pergi grooming. Rancangnya, lepas grooming baru nak pakaikan baju baru. Saya berkeras mahu cuba dahulu, bimbang tragedi baju sendat raya berulang! Hahahaha! 

Tolong abaikan muka serabai tak mandi kucing jagaan saya ni. Memang dah hukum pergi grooming. Tengoklah penuh bulu-bulu Rhea yang melekat menempek di sofa. Bau dia pun dah ashemmm! 😂

Yeayyy! Baju muat, dah tak sendat lagi! Cantik tak baju Rhea ni, aunty uncle?



2 ulasan

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.