Resepi Mudah Cakoi Pasti Jadi

Ahad, Mei 30, 2021

Jom kita buat cakoi! Cakoi ini memang kegemaran semua di rumah ini. Kalau buat memang laku keras. Di bawah ini saya kongsikan dua versi resepi cakoi yang kalis gagal (foolproof). Kalau buat, pasti jadi punyalah cakoi yang diadun.

Maafkan rupa paras cakoi saya yang kontot-kontot. Saya suka saiz mini begini.

Cakoi dompot gebu 😊

Resepi Mudah Cakoi

Resepi #1

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 250g (2 cawan) tepung gandum
  • 1 1/2 sudu besar minyak sayuran
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3/4 cawan air suam
  • 1/2 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Satukan gula dan yis di dalam air suam. Kacau rata dan biarkan sekitar lebih kurang 15 minit untuk yis mengembang. 
  2. Masukkan tepung, minyak sayuran dan garam ke dalam sebuah mangkuk sederhana besar. Kemudian, tuangkan yis yang telah kembang ke dalam mangkuk. Gaul dan uli adunan sehingga membentuk doh yang tidak melekat di tangan.
  3. Perap doh selama lebih kurang 1jam. Doh akan mengembang dan naik dua kali ganda daripada saiz asal. Tumbuk-tumbuh doh untuk keluarkan angin.
  4. Seterusnya, canai doh secara memanjang. Potong kecil-kecil dalam 2 cm. Gunakan lidi yang telah dicelup dengan air untuk membentuk jalur panjang di tengah setiap potongan. Gabungkan dua potongan menjadi satu dengan cara melapiskan satu potongan di atas satu potongan yang lain. Biarkan seketika dalam sepuluh minit.
  5. Panaskan minyak secukupnya untuk proses menggoreg jeluk (deep fry). 
  6. Ambil satu adunan cakoi. Sewaktu hendak dimasukkan ke dalam minyak, tarik sedikit doh agar jadi lebih panjang.
  7. Goreng dengan api sederhana kecil. Balik-balikkan cakoi agar mendapat gorengan yang sekata.


Resepi #2

Ini resepi Cekebon. Masa mula-mula belajar buat cakoi, Cekebon ajar guna resepi inilah. Sekali buat memang 1/2 kilo sebab nak jamu mulut selalu lapar kami adik-beradik. Tidak jauh beza dengan resepi di atas cuma yang ini kita guna susu tepung dan tidak letak sebarang minyak ke dalam adunan.

  • 500 g tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 sudu besar susu tepung 
  • 3/4 cawan air suam
  • 1/2 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula

Langkah-langkah penyediaan sama seperti di atas.

Cakoi bijan

Sekali-sekala saya buat cakoi bijan. Sebelum adunan digoreng, sisi cakoi saya salutkan dengan bijan putih.

Hidangkan cakoi dengan seri kaya, susu pekat atau kuah kastard. Saya juga rajin gandakan resepi untuk buat cakoi frozen. Goreng sehingga cakoi mengembang dan dapat bentuk yang kekal. Biarkan sejuk pada suhu bilik. Kemudian, barulah dimasukkan ke dalam peti dingin beku untuk didinginbekukan. 


Nota: Adunan yang sama juga boleh digunakan untuk buat roti goreng. Saranan untuk inti roti - pes kacang merah, sambal tumis ikan bilis, serondeng (digaul sedikit dengan mayones) dan potongan keju. Saya cadangkan guna keju slice yang sedia ada di pasaran seperti Kraft, Mother's Choice dan Bega. Saya pernah guna keju bongkah yang saya hiris sendiri. Kejunya tidak mencair seperti yang saya ingini.

14 ulasan

  1. Ni mama uyum suka buat ni.. Haha esk nak soh dia buatkan la ahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat menikmati cakoi, Kak Ret! Uyum suka tak cakoi?

      Padam
  2. Cakoi kontot lagi best Farah. Tak payah nak belah isi kaya hihihiii... Sedapkan makan panas2, lagilah kalau ada secawan teh atau kopi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada betulnya tu, kak. Senang masuk mulut kan… Cakoi panas-panas lawan dengan teh atau kopi memang best!

      Padam
  3. Sedappnyaaa, terbayang cakoi mcd pulakkk hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cakoi McD lawan ngan bubur ayam panas, yummehhh!

      Padam
  4. Sekarang memang dah ada orang jual cakoi bersaiz kecil.. Ada yang cicahnya biasa, ada juga cicahnya kaya pandan. Sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap. Cakoi ni makan kosong begitu sahaja pun dah memang sedap. Tak cukup seketul

      Padam
  5. ermmm....dapnyer!!nak try buat lah nanti. T.kasih share resepi

    BalasPadam
  6. sedapnyaaaa da lama x makan ni :)

    BalasPadam
  7. Tak pernah buat, tau makan je. Teringat churros plak. Eh

    BalasPadam
  8. Sedapnya kalau dimakan bersama sambal tumis.. secawan kopi menjadi pelengkap hidangan..

    BalasPadam
  9. teringat cakaoi mesti teringat caramel sos wallaaaaaaaaa

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.