Gara-gara BTS dan Semesta Mereka

Ahad, Oktober 10, 2021

Assalamualaikum. Salam Santai Ahad. Salam 1010. Cantik tarikh hari ini, kan?

Sudah beberapa hari tidak masuk blog. Pagi Ahad biasalah saya luangkan masa di bilik kraf. Hari ini kena jana idea untuk tunaikan permintaan seorang pelanggan dari Singapura. Ingat lagi Projek Soldadu saya yang menggunakan pembungkusan BTS Meal? Baca mengenainya di sini. Pelanggan ini berkenan dengan hasil kerja saya.

Jadi, bersempena dengan hari lahir puteri tunggalnya yang bakal tiba hujung Oktober nanti, dia hendak hadiahkan sesuatu yang BTS-related. Disebabkan BTS dan Coldplay baru lancarkan My Universe (ketika entri ini ditulis, klip video My Universe sudah mencecah 56 juta tontonan di Youtube), tentu-tentulah tema Semesta yang diinginkan.  

Pada awalnya, saya terpaksa tolak kerana ada ada beberapa tugasan kerja + projek kraf tempahan orang yang perlu disiapkan. Bincang punya bincang, akhirnya saya setuju untuk bantu beri idea dan terlibat dalam proses-proses awal sahaja. Yang ini tidak menuntut komitmen sangat. Selebihnya, akan diserahkan kepada pihak perancang majlis yang diupah di sana.


Gara-gara BTS dan Semesta mereka, pagi-pagi saya dah memerah otak. Masalahnya, sudah agak lama saya di sini, idea yang dinanti tidak kunjung tiba. Entah mengapa hari ini bangun pagi macam tak ada mood. Sel-sel otak enggan berhubung! Dah macam-macam video BTS saya tengok. Iklan BTS jadi duta Coway pun dah banyak kali ulang. 😅

Lazimnya apabila mencari idea, saya akan pusing keliling bilik kraf, cari barang-barang yang sesuai dan boleh digunakan. Apa yang ada, apa yang perlu dibeli. Dari situ, baru pilih dan padan. Tengok kena atau tidak. Bertepatan dengan tema atau sebaliknya.


Kemajuan saya yang tak berapa nak maju setakat ini ... 🤪

Proses awal Semesta BTS

Warna utama yang akan digunakan ungu. Of course ada elemen angkasa dan cakerawala. Saya tidak pasti sama ada hendak buat quilling ataupun tidak. Sekarang ini main letak je semua depan mata dahulu, kemudian baru putuskan apa yang perlu. Muddahlah nanti jika hendak utarakan idea atau buat mock sample. Oh, kad foto BTS Butter di dalam gambar di atas lebihan projek BTS sebelum ini. Nampaknya saya kena berkenalan semula dengan ketujuh-tujuh mereka. 😂

Baiklah, saya sambung kerja. Semoga Ahad kalian indah dan menyenangkan. By the way, masalah-masalah blog lambat loading dan kotak komen masih belum selesai ke? Nanti, insya-Allah ada rezeki saya akan datang blogwalking. Lambat atau cepat sahaja. 

19 ulasan

  1. Good luck kak! Wah, bisnes dah sampai ke seberang tambak. Tahniah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much, Sal! Hahaha you made it sound macam business Papa Megah Holding gitu! Alhamdulillah, niaga runcit-runcit je ... bolehlah buat tambah-tambah belanja beli ramen sebungkus dua lepas ni :)

      Padam
    2. Hahaha. Papa tak mahu bebudak BTS menggangu bisnes Papa

      Padam
    3. Papa nak pergi meeting dengan putera Arab Saudi ke tu? 😂🤣😂

      Padam
  2. Bersemangat bila ada aktivi kraf seronok cipta mencipta ni, ada ungu tu suasana nenuju ke puncak, tak ketahuan tentang Coldplay dah, baru tahu ni hehe Im going back to the start..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe jom kita menuju puncak sama-sama, babyPose!

      Padam
  3. Army BTS ramai ni. Jauh dapat permintaan dari Singapura. Saya pun macam tu kalau tak dapat nak buat terpaksa tolak juga.
    Selamat hujung minggu kak Farrah, selamat memerap dan memerah idea :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak-banyak, Fiza. Heheeh semalam tak sambung memerah idea. Pergi isi perut makan-makan minum-minum dan bobok. Hari ni baru sambung balik.

      Memang, kalau rasa tak dapat buat tak perlulah nak beri komitmen. Orang dah berharap nanti kita hampakan pula dengan ketidakmampuan kita.

      Padam
  4. Salam ziarah..padat jadangat bermanfaatual ya..hujung minggu yang sibuk.apapun s

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi berkunjung ke mari, cikgu.

      Padam
  5. semoga idea kunjung tiba nanti..
    dan hasilnya kebaboom! hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Ezy. Nah, kasi belanja flying kiss satu bakul! Mmuahhhh!

      Padam
  6. semakin menarik kerja kraf kak farrah..teruja saya tgk tau ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much, Shida. Selalu kerja menghadap perkataan je...buat kraf ni kira bolehlah akak relakskan mata hehehe

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.