Perencah Nasi Daging Nasi Briyani Iman

Isnin, Oktober 11, 2021

Sewaktu terima kiriman ini, punyalah saya gembira. Rezeki dapat sebungkus asam keping, Perencah Nasi Daging dan Perencah Nasi Briyani Iman. 

Bott apabila ternampak je perencah nasi daging tu, terus dia kata hendak buat nasi bukhari. Sebelum ini memang pernah masak menggunakan perencah nasi daging jenama Iman. Selain nasi daging dan nasi beriani, ada juga perencah untuk nasi tomato. Yang dua lagi tu saya belum pernah cuba. Perencah nasi daging pula, saya tidak buat nasi daging hidangan tradisi dari utara yang popular tu. Sebaliknya, guna untuk buat nasi bukhari ayam.

Mudah sangat. Ada dua pek di dalamnya yang mengandungi serbuk perencah dan campuran sos. Ikutlah arahan yang disediakan di luar pek. Serbuk perencah dan campuran sos dijadikan pes, kemudian ditumis. Tambah air mengikut sukatan dan masukkan beras. Satu bungkus perencah ini untuk masak 1/2 kilo beras. Sesuai buat portion 4 - 6 orang makan.

Selalu apabila masak nasi bukhari, saya akan pakai slow cooker. Beras dengan ayam ditanak sekali. Saya akan rebus ayam terlebih dahulu. Sesudah itu, potongan ayam berserta air rebusan ayam dimasukkan ke dalam periuk. Baki air rebusan, dijadikan sup untuk dimakan dengan nasi.

Nasi Bukhari Ayam


Nasi bukhari ayam yang telah siap. Ayam selindung balik nasi. Nampak hujung tulang paha je tu. Saya tidak pakai beras basmathi. Pakai beras herba poni. Itu yang lain sedikit tekstur nasinya. Panaskan dan perasakan sup, potong timun, cili hijau dan akhir sekali sediakan sos harrah. Lihat resepi Nasi Bukhari Ayam menggunakan Perencah Nasi Daging Iman dan sos harrah di sini. Sedia untuk dinikmati.

Dari segi rasa, memang sedap. Kena dengan selera saya. Saya tidak pernah mencuba perencah nasi bukhari jenama lain. Jadi, tidak dapatlah membuat perbandingan dengan produk lain di pasaran yang serupa. Apa yang penting, cara penyediaan amat senang dan praktikal. Harga pun berpatutan. Dalam RM2.30 - RM2.80 sepek.

Nanti ada kelapangan ingin cuba perencah nasi beriani pula. Ada tak dalam kalangan kalian yang pernah mencuba mana-mana perencah nasi bukhari, nasi Arab atau hidangan lain seperti ini? Ada jenama enak yang boleh disarankan pada saya?


20 ulasan

  1. nak cari jugaklah. Anak2 suka nasi yg ada perisa gini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencari, Sis Ammi. Di Shopee dan Lazada ada banyak seller perencah ni

      Padam
  2. Sedapnya nasi daging briyani. Mudah kerja masak ada perencah siap-siap. harga tu berpatutan sangat. kena beli extra tu buat stok. Senang masak bila teringin makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Bila-bila teringin, stok perencah dah sedia ada untuk digunakan

      Padam
  3. sedapnyaaaa! senang plak tu nk masak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab senang nak masak tu memang bonus besar! 😊

      Padam
  4. biasa kalau guna perencah lebih mudah masak kan kak farrah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Shida. Ada perencah begini mudah kerja memasak. Kalau tak kena cari rempah ini rempah itu…

      Padam
  5. kalau ada perencah macam ni memang mudah nak masak nasi briyani :)

    BalasPadam
  6. Sedapnya kak Farrah. Simple lak tu. Saya pakai order je. Ada perencah macam ni, yang tak pandai pun boleh jadi chef

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila ada perencah ni bolehlah feeling2 handal masak macam chef tersohor, Sal. Kalau kena buat from scratch, akak pun angkat senduk pergi order gak 😂

      Padam
  7. Nanti boleh cuba. Mana tahu kena dengan selera 😊

    BalasPadam
  8. belum pernah cuba , tapi bila ada perencah instant macam ni lagi memudahkan kerja nak menumis

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.