Sebenarnya saya sudah lama teringin hendak makan apam bakar Kelantan atau tepung apam. Apam lembut gebu yang diperbuat daripada tepung beras, disajikan dengan kelapa parut memang lazat sekali. Bagi saya, apam bakar Kelantan sedikit berbeza daripada hidangan apam yang lain. Agak unik rasanya disebabkan penggunaan bahan-bahan seperti bawang merah, halia dan lada hitam.
Hendak mencari apam bakar Kelantan asli di kawasan saya memang tidak akan jumpalah. Jadi, mahu tidak mahu terpaksa usaha buat sendiri. Saya cuba dapatkan resepi daripada teman-teman di sebelah Pantai Timur. Ada banyak versi juga rupanya. Ada yang guna halia, ada yang tidak. Ada yang letak tapai, ada yang letak nasi. Saya difahamkan penggunaan tapai atau nasi adalah untuk buat apam supaya jadi lebih gebu dan kekal lembut sepanjang hari.
Kebetulan beberapa hari sebelumnya memang ada beli tapai kerana mahu buat tapai goreng. Tetapi, dah jumpa resepi tradisi apam bakar yang guna tapai, kita dahulukan yang ini.
Lihat juga: Resepi Tapai Goreng
Hasil percubaan pertama saya membuat apam bakar Kelantan.
Alhamdulillah, menjadi. Tercapai hasrat menikmati apam bakar Kelantan yang gebu dan lembut panas-panas. Kelapa parut saya tidak putih sangat. Adik kedai lupa hendak asingkan isi yang putih dengan yang dekat dengan tempurung. Tak mengapa. Hal kecil. Apa yang pasti, apam bakar tetap enak! Lagi-lagi bahagian permukaan yang agak kehitaman. Itu yang terlajak sedap!
Okey, jom lihat resepi pula.
Resepi Mudah Apam Bakar Kelantan
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 3 - 4 biji pisang berangan
- 2 biji bawang merah
- 2 cm halia
- 1/2 cawan gula. Resepi asal 3/4 cawan gula sehingga 1 cawan. Saya kurangkan kerana tidak mahu manis sangat.
- 1 cawan tapai ubi. Jika tiada tapai, boleh digantikan dengan 1 cawan nasi.
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh yis
- 1 - 1 1/2 cawan air
- kelapa parut secukupnya
- sedikit garam
- sedikit minyak masak untuk membakar apam
Langkah-langkah penyediaan:
- Masukkan pisang, bawang merah, halia dan 1 cawan air dahulu ke dalam pengisar. Kisar. Tuangkan ke dalam mangkuk sederhana besar.
- Seterusnya, masukkan gula, yis dan serbuk lada hitam. Kacau adunan sehingga sebati. Jika adunan agak pekat, tambahkan baki 1/2 cawan air.
- Setelah itu, rehatkan adunan selama sekurang-kurangnya satu jam.
- Sesudah satu jam, bolehlah apam dibakar di atas kuali leper. Sapu permukaan kuali leper dengan sedikit minyak dan sendukkan adunan apam. Biar seketika sehingga lubang-lubang kecil muncul di atas permukaan apam. Terbalikkan dan biar sehingga sisi satu lagi masak sempurna. Ulang proses membakar sehingga adunan habis.
- Sedia untuk dinikmati. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaulkan dengan secubit garam dan dikukus sebentar.
Selamat mencuba!
Mcm best.. Kalau beli pisang kene sorok dulu 2-3 bijik. Laku keras pisang kat rumah ni
BalasPadamHehehe samalah situasinya di rumah ni, Sis Ammi. Semua hantu pisang!
PadamSyukur tercapai hasrat nak makan apam bakar kelantan. Kalau kelapa parut untuk kuih biasanya mintak kelapa muda dan kena bagitahu jangan sampai parut tempurung dia. Takpe, asalkan ada kelapa parutnya kan.
BalasPadamSaya macam tak pernah lagi makan apam bakar kelantan ni. First time tengok :)
Alhamdulillah. Puas hati akak hasrat tercapai.
PadamItulah, Fiza. Rezeki akak hari tu. Selalu adik yang parut kelapa akan pandai asingkan dua plastik... yang putih dan yang dah sampai dekat tempurung. Kali ni disekalikan pula.
Antara kuih favourite saya. Kat kampung di Kelantan ni biasa jual apamnya lemak dan masin sedikit, kelapa pula manis sikit 😋 pagi-pagi kalau tak makan nasi dan makan apam ni 2-3 keping pun dah kenyang sampai tengah hari
BalasPadamMemang betul, NaSa. Apam ni mengenyangkan! Kombinasi rasanya tu akan buat kita makan lebih daripada sekeping hahaha
PadamApa lagi kak, meh la book tiket flight ke Kota Bharu. Hihi
BalasPadamBisa diatur tu... kena plan menu apa nak buru siap-siap. Akak gi Kelantan nak makan hahahaah
Padammenarik jgk apam bakar kelantan ni.. xpernah plak sy mkn.. hehe
BalasPadamNanti lepas ni kalau ada rezeki jumpa, boleh cuba :)
PadamKalau menjadi mmg puas hati..kan kak farrah..sedap sgt tu!
BalasPadamAlhamdulillah, bila jadi tu rasa macam nak lompat bintanglah :)
Padammenarik untuk dicuba
BalasPadamApam ada campuran pisang dengan kelapa parut ada halia juga tentu sedap, Alhamdulillah hasrat tercapai, lapar apam bakar pula pagi-pagi ni..
BalasPadam