Nasi Goreng Kicap Sotong

Rabu, Oktober 13, 2021

Semalam, di rumah ni, dari orang sampailah ke kucing semua tak ada mood. Lemau sepanjang hari. Jadi, apabila perut lapar, kami putuskan untuk masak nasi goreng sahaja. Senang. Nasi goreng apa? Bott ingin nasi goreng kicap sotong. Saya tidak kisah. ON sahaja. Janji perut berisi.

Bagi yang kurang jelas, kicap sotong ini bukanlah kicap yang diperbuat daripada sotong atau dakwat sotong. Sebenarnya kicap sotong ialah sos ikan yang sering digunakan dalam masakan Thai. Ada satu jenama popular dengan gambar sotong pada label pembungkusannya. Itu yang jadi kicap sotong.

Dalam erti kata lain, nasi goreng kicap sotong ni nasi goreng asas yang selalu kedai/restoran Thai jadikan base untuk hidangan nasi goreng mereka. Jika pesan nasi goreng ayam, paprik atau Pattaya, nasi goreng pakai resepi ini, kemudian ditambahlah ayam, telur dan lauk paprik.

Nasi goreng kicap sotong kami. Protein saya guna isi ayam manakala sayurnya, kailan. 

Resepi mudah untuk sediakan Nasi Goreng Kicap Sotong. Berikut disenaraikan bahan-bahannya:

  • Bawang merah/bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili giling
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Sos ikan/kicap sotong
  • Serbuk lada putih/lada sulah
  • Hirisan daun ketumbar
  • Garam jika perlu
  • Minyak masak untuk menumis

Banyak mana? Ini kita ikut portion per kepala. Untuk satu orang makan, tumislah bawang merah dan bawang putih banyak mana sesuai cita rasa kalian. Agak-agak je.  Selepas tu, ikutlah nak masukkan rencah apa - ayam, daging, bebola atau kek ikan. 

Kemudian,  bahan yang lain tu semua serba satu. Jap... maksud saya, satu sudu besar. Satu sudu besar cili giling, sos cili, sos tiram dan sos ikan. Tumis semua bahan-bahan sehingga naik bau dan sekata, barulah dimasukkan nasi (juga untuk satu orang makan). Setelah hampir siap, perasakan dengan garam jika tidak cukup masin, lada sulah dan sedikit hirisan daun ketumbar. Mahu hidangan lebih beraroma? Taburkan juga sedikit bawang goreng. Mudah, bukan?

Resepi ini adik niaga kedai Thailand yang dahulu berniaga di sebelah rumah saya yang ajar. Mereka kan selalu masak untuk hidangan satu orang makan. Jadi, jika hendak masak lebih, gandakan sukatan-sukatan di atas.

Saya pula jika masak untuk dua orang, saya tidak ikut betul-betul formula satu sudu besar tu. Tak mahulah manjakan tunas rasa dengan sos banyak-banyak sangat. Biasanya, saya skip sos cili manakala sos-sos lain pula saya letak satu sudu besar bumbung sedikit. Apa yang penting, kita olah ikut kesesuaian selera sendiri.




24 ulasan

  1. kakmim pun suka buat nasik goreng letak sos ikan ni.. tak ingat pulak brand yg kakmim pakai ada gambar sotong ke tak... hahaha... tapi mmg betul letak sos ikan dlm nasi goreng mmg rasanya best... esp kalau ns goreng udang atau seafood... mmg lain mcm sampai husband puji sedap sgt nasik goreng ni... dia xtau apa rahsianya... haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe jangan kasi tahu siapa-siapa ramuan rahsia kita 🤣
      Saya masa mula-mula tahu nasi goreng letak sos ikan saya macam pelik. Tak rosak ke rasa nasi goreng tu sebab rasa dan bau sos ikan kan kuat. Rupa-rupanya jadi extra dap dap!

      Padam
  2. SA plaka membayangkan nasi goreng kicap dan ada sotong...tak pernah lagi buat nasi goreng letak sos ikan ni...nanti nak try laa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba, kak. Nanti dah cuba kongsi tau kena dengan selera orang Nogori atau tidak hehehe

      Padam
  3. sy buat ns goreng cina ltk kicap sotong. goreng telur pun renjis kicap sotong sikit2

    BalasPadam
  4. sy xpernah gne kicap sotong.. jdnya mmg sllu terbyg tu kicap drp sotong.. haha..

    sedapnya nasik goreng..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun dulu masa orang cakap kicap sotong akak pelik... sotong pun orang buat kicap? hahaha

      Padam
  5. Emm.. Patutlah cari sotong tak jumpa.. Kicap sotong rupanya.. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha dlm kicap pun tiada sotong. Sotong hanya pada gambar di labelnya sahaja :)

      Padam
  6. kak Farrah ni nasi grg kicap versi putih ke hehhee ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha ni nasi goreng kicap tak letak kicap :D

      Padam
  7. menarik juga kicap cap sotong. nanti nak cari. ingat tadi goreng nasi dengan dakwat sotong

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi goreng dengan sos ikan je hikhik kalau pakai dakwat sotong jadi nasi goreng Dayang Senandung! 😂

      Padam
  8. oh letak sos ikan dlm nasi goreng..tk pernah try lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti ada kesempatan mama tisya boleh cuba :)

      Padam
  9. Laaa. Tngk tajuk sy ingat nasi digoreng + kicap + sotong 😂 Rupanyaaa bila baca, baru tau kicap gmbr sotong

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi tiada sebarang kicap atau sotong yang terlibat dalam pembikinan nasi goreng ini

      Padam
  10. Sedap kan. Makan dgn keropok lekor atau keping.😍

    BalasPadam
  11. sekali sekala olah menu masakan ni sedap juga , ada rasa kelainan

    BalasPadam
  12. Hehe tidak sama tajuk. Ingat letak sotong rupanya letak sos ikan.
    Saya tahu pernah nampak botol ada gambar sotong.

    BalasPadam
  13. Ohh guna sos ikan rupanya. Ingatkan nasi goreng ada sotong dan tambah kicap. Masakan Thai memang terkenal dengan bahan sos ikan ni. Mesti letak kan. Bolehlah cuba :)

    BalasPadam
  14. dulu kala aida x reti guna sos ikan.
    then, pkp, try an error. tonton utube penggunaannya.
    nice plak. baru la reti alhamdulillah.
    tambah rasa dlm lauk yg berkenaan, kan :)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.