Kad Semoga Cepat Sembuh - Healing Hugs

Rabu, Oktober 13, 2021

Salah satu kad yang saya buat baru-baru ini. Kad ucapan Semoga Cepat Sembuh.


Kad ini jenis kad poket. Maksud saya, kad ini jenis kad sekeping tanpa lipatan (seperti poskad) diletakkan di dalam poket khas yang berperanan sebagai sampul. Kiranya kad ini tidak menggunakan sampul surat biasa sebaliknya poket yang dibuat senada dengan tema dan warna pilihan.

Saya menggunakan kertas bercorak damask berwarna coklat dengan tona latar belakang yang lebih cair. Lebih ke arah warna krim. Kemudian, saya gunakan kad berwarna coklat gelap untuk wujudkan sedikit elemen kontra. 

Tidak perlu hias banyak-banyak kerana corak kertas sudah sarat, ada kemasan jalur emas (gold foil) pula. Sudah cukup cantik bagi saya.


12 ulasan

  1. tak boleh hug sebarangan, kena jaga SOP. tapi kalau kad macam ni, takpe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Ini pelukan patuh SOP hahaha paper hugs... virtual hugs :)

      Padam
  2. Hahaha sal.. Salam pun tak boleh inikan pulak hug ye

    BalasPadam
  3. Orang Malaysia kurang sedikit peluk orang.
    Hehe elok ada kad ucap begitu

    BalasPadam
  4. Cantiknya damask motif ni. Mewah dan klasik sangat. Cantik hasil seni Kak Farrah as usual :)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.