Nasi Kandar Balik Klinik

Sabtu, Oktober 16, 2021

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Ada rumah ke tu? Ke dah mula merentas negeri pulang ke kampung atau cuti-cuti?

Saya tiada sebarang rancangan besar setakat ini. Kalau keluar pun, jalan dekat-dekat je. Bukan apa, cuaca panas terik sekarang buat saya cepat penat. Dengan kena pakai mask, dengan kena tahan panas ... silap hari bulan bersesak-sesak dengan orang ramai pula. Mana enjoy, kan? Baiklah saya duduk berehat lepak santai di rumah dahulu. 

Semalam, pagi Jumaat saya ada temujanji di klinik kesihatan untuk pemeriksaan rutin asma dan hipertiroid + review ujian darah. 


Sekarang pergi klinik memang seronok. Tak ramai orang. Setiap kali ke klinik kesihatan untuk temujanji, setiap kali itu ada pembaharuan dari segi sistem untuk memastikan keselamatan kakitangan dan pesakit. Gembira je saya masuk klinik untuk temujanji pukul lapan, pergi makmal tuntut laporan ujian darah, pergi bilik saringan check berat, tekanan darah, (ujian tiup tiub untuk asma tak buat sejak Covid) tahu-tahu dah duduk bersandar di ruangan menunggu. Tak selisih dengan orang sangat.

Pembaharuan kali ini ialah - pesakit yang datang temujanji untuk follow up di Unit Non Contagious Disease (NCD), setelah disaring di bilik saringan, fail atau buku kesihatan mereka akan diserahkan kepada doktor untuk diperiksa. Jika upon review keadaan terkawal (hasil keputusan ujian darah okey), tiada apa-apa masalah, pesakit tidak perlu jumpa doktor pun. Doktor akan terus prescribe ubat susulan dan tetapkan tarikh temujanji yang seterusnya. Jimat masa. Jimat tenaga. Efisien!

Saya pandang result tiroid, saya tahu yang saya tidak akan tergolong dalam kategori itu. Confirm kena mengadap! Tidak menunggu lama, saya dipanggil masuk bilik doktor. 


Alhamdulillah, semua okey ... semua cemerlang kecuali hormon tiroid je yang tunggang-langgang. Dari hiper jadi hipo pula. Hahaha itu bukan perkara baharu. Tetapi, kena juga pergi makmal buat ujian darah untuk tengok ada abnormalities pada darah tak. 


Baik-baik sahaja :)

Alhamdulillah, negatif. Tiada apa yang membimbangkan. Cepat selesai urusan saya. Sebelum pukul 9 dah terkedek-kedek keluar dari klinik. Siap tapau sarapan beli di kafe, makan di dalam kereta sebab selepas tu saya ada urusan di pejabat pos. 

Checked out MySejahtera dari pejabat pos, terus rasa macam layak diberi ganjaran diri. Chewahhh! Nasi kandar satu! 

Nasi Kandar Utara Paksu

Nasi kandar saya. Mula-mula ingat nak makan US Pizza, last minute jadi nasi kandar. 😁 Beli di Paksu Nasi Kandar Utara, Bandar Baru Sungai Buloh. Sebungkus ni kongsi dengan Bott. Ini kira makan tengah hari kami berdua. Ada banyak pilihan lauk - puyuh, ikan, daging, sotong ... tetapi entah mengapa kami berdua memang teringin hendak ayam goreng.  Tambah sambal ikan bilis rangup sedikit. Licin-licau kami makan sehingga ke suapan terakhir!


Semalam dah keluar, hari ni kita malas-malas di rumah jelah. Tambahan pula, saya ada tempahan kad ucapan yang perlu disiapkan.


Selamat menikmati hujung minggu kalian.


17 ulasan

  1. Semoga dipermudahkan segala urusannya dan dianugerahi kesihatan yang baik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak-banyak, wak. Doa yang sama buat wak juga.

      Padam
  2. Balasan
    1. Lepas ni boleh belanja diri makan nasi kandaq :)

      Padam
  3. Semoga terus sihat..
    Ammi pun bermalas-malasan dirumah aja. Petang sikit nanti baru gi ambik angin petang kat bawah sambil kumpul peluh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak-banyak, Sis Ammi. Marilah kita bermalas-malasan bersama-sama heheh. Selamat beriadah kumpul peluh juga ya.

      Padam
  4. selamat berhujung minggu kak. saya dulu orang selalu suruh check kalau ada masalah tiroid sebab terlampau kurus. Alhamdulillah lepas check, doktor kata bukan. Paksu Nasi kandar ye. Hurm..nanti nak suruh adik saya carikan. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah betul. Kalau orang terlalu kurus, selalu disarankan untuk check sebab dikaitkan ada masalah hypertiroid. Yelah, adik Sal kan duduk Sungai Buloh. Nanti bolehlah cari. Tapi, akak tak pastilah sama ada ini nasi kandaq terbaik di area ni ataupun tidak. Convenient senang cari senang beli... yes. :)

      Padam
  5. Selamat berhujung minggu kak farah. Semoga baik2 aja. Take care, jaga kesihatan selalu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berhujung minggu buat Wawa juga! Terima kasih, dik. Wawa pun jaga diri baik-baik ya.

      Padam
  6. alhamdulilah maaih sihat tuuhh... 😅

    BalasPadam
  7. Selamat berhujung minggu Farrah.
    Take care.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Kak Amie. Kak Amie pun jaga diri baik-baik juga ya.

      Padam
  8. Kalau saya pun malas hendak keluar kalau tiada hal penting.
    Alhamdulillah keputusan ok.

    BalasPadam
  9. Musim panas panas ni lebih suka bermalasan kat rumah je kak. Malas nak keluar lagi lagi weekend ramai orang.
    Semoga kesihatan akak bertambah baik. Aaaminn...
    Sesekali bernasi kandar kan. Okay sangat share berdua. Makan sorang kalau saya tak habis makan.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.