Nasi Kuning dan Cucur Kembung Viral

Ahad, Oktober 17, 2021

Assalamualaikum. Selamat Hari Ahad! Bagaimanakah hujung minggu kalian setakat ini? Meriah? Ada sebarang perancangan istimewa ke hari ini?

Di kawasan kediaman saya memang macam musim raya. Anak-anak semua pakat balik kampung. Jalan raya, kedai runcit, gerai jual sarapan, pasar pagi semua sibuk! 

Saya dan Bott duduk diam-diam jelah di dalam rumah. Sebenarnya, dua tiga hari ini kami dah dapat ‘notifikasi’ awal daripada jiran dan saudara-mara. 

“Farrah, Ahad tak payah masak!” 

“Long, Ahad nanti kitorang hantar makan tengah hari.”


Sebagai anak jati kampung yang tinggal seorang di sini (Cekebon dan adik-beradik saya semua jadi orang bandar), saya dijaga baik oleh orang kampung hahaha. Apabila kaum keluarga di rantauan masing-masing balik merentas negeri, mestilah teruja masak-masak makan-makan, kan? Alhamdulillah, ada terselit rezeki sepinggan dua untuk saya dan Bott. Kira hari ni hari gantung periuk kuali. 


Pagi kami diceriakan dengan nasi kuning. 

Sepinggan lengkap nasi kuning.

Nasi kuning, sambal tumis, ayam masak merah dan telur mata terlindung balik nasi. Sedap! Lagi-lagi nasinya masih panas. Lawan pula dengan teh panas. Nikmatnya!


Kemudian, beratkan perut dengan cucur kembung viral. Awal pagi tadi Bott masak cucur kembung sebab dia teringin. Sambil-sambil tu buat lebih untuk pulang pinggan jiran.

Cucur kembung lemak manis

Alhamdulillah, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Orang putih kata, full tummy happy soul gitu! Dah boleh teruskan dengan rutin hujung minggu.

Kalian dah bersarapan? Sarapan apa pagi ni?

Selamat meluangkan masa bersama keluarga dan insan-insan kesayangan!


12 ulasan

  1. Sedap-sedap sarapannya.
    Kak Amie goreng bihun, sarapan bihun goreng dengan telur mata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Amie sebut bihun goreng, terbayang-bayang saya seleksi bihun goreng Kak Amie yang semuanya menyelerakan itu. Oh... terus lapar!

      Padam
  2. sedap menu sarapan, saya makan nasi kerabu ikan goreng celup tepung <3

    BalasPadam
  3. Rezeki dengan makanan serta hubungan adik beradik juga jiran, Alhamdulillah. Saya duduk rumah.. Kekal selamat hehe.(bila translate kan) InshaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, rezeki-rezeki yang sentiasa kita kena syukuri kan...
      Kekal selamat juga buat sis babYpose! :)

      Padam
  4. febret ns kuning.. mkn ngn telo rebus.. sedappp!

    BalasPadam
  5. seronoknya dapat gantung periuk. sesekali makan masakan orang lain pula. tergoda la tengok cucur tu

    BalasPadam
  6. Rezeki jangan ditolak. Seronok terima makanan yang jarang dapat makan.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..pagi pagi dapat menjamu rezeki makanan yang sedap. Memang happy tummy sangat kak Farrah :)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.